Jadikan GEG pelaburan penting untuk anak-anak kita

Jadikan GEG pelaburan penting untuk anak-anak kita

ANAK-ANAK kita dan remaja mempunyai akses yang lebih mudah kepada vape setelah nikotin dikeluarkan dari Akta Racun pada 1 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARI Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November saban tahun. Kali ini, Investing in our future means investing in our children dipilih sebagai tema rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maka, bertepatanlah masanya untuk kita menyantuni peningkatan trend penggunaan rokok dan vape dalam kalangan remaja sebagai satu ancaman perlu ditangani dengan tegas.

Gerakan Generasi Penamat (GEG) yang menggalas tanggungjawab mendepani isu ini seharusnya diterima sebagai satu visi yang ikhlas dalam menghapuskan tabiat merokok dan menghisap vape untuk generasi akan datang. Menggunakan segala sumber yang ada, usaha bersepadu dan komprehensif perlu dilakukan kerana ancaman bukan sahaja hadir dalam kalangan gergasi industri tembakau, malah industri vape yang semakin meningkat. Kedua-dua industri ini secara halus menyasarkan generasi anak-anak kita sebagai mangsa.

Selain bahaya kepada kesihatan fizikal, rokok dan vape dalam kalangan kanakkanak dan remaja telah terbukti mengancam kesihatan mental. Kajian menunjukkan terdapat peningkatan kes kemurungan, yang turut mengakibatkan kesukaran pembelajaran, prestasi akademik menurun, masalah sosial dan turut membawa kepada penyalahgunaan dadah.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 perlu diluluskan sesegera mungkin. Terutama kini anak-anak dan remaja mempunyai akses yang lebih mudah kepada vape, setelah nikotin dikeluarkan dari Akta Racun pada 1 April lalu. Walaupun terdapat notis mengatakan produk rokok dan vape hanya boleh dijual kepada individu berumur 18 tahun ke atas, remaja tetap boleh mendapatkannya melalui pelbagai kaedah dan platform tanpa keperluan pengesahan identiti. Pemerkasaan penguatkuasaan undang-undang perlu juga dilihat bagi mengimbangi keputusan yang telah dibuat ini, biar apa pun alasannya.

Selain peranan keluarga dan ibu bapa, program-program kemasyarakatan dan sekolah yang proaktif juga mampu membantu membentuk persepsi betul mengenai bahaya rokok dan vape. Usaha akar umbi sebegini yang turut menawarkan khidmat sokongan bagi menghentikan tabiat merokok dan vape pastinya menyumbang kepada perubahan diinginkan.

Pastikan mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan sokongan secukupnya dari sekarang untuk berani mengatakan tidak kepada rokok dan vape.-UTUSAN

DR. SITI IDAYU HASAN dan PROFESOR MADYA DR. NUR AMANI AHMAD TAJUDDIN
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya