Bebanan kos sara hidup punca mahasiswa alami tekanan - Utusan Malaysia

Bebanan kos sara hidup punca mahasiswa alami tekanan

ANTARA punca tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa adalah beban kos sewa rumah yang tinggi. – GAMBAR HIASAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

GELARAN mahasiswa mungkin menjadi suatu kebanggaan buat seseorang, mungkin juga menjadi impian kanak-kanak untuk masa hadapan mereka.

Namun, menjadi mahasiswa tidak semudah yang kita sangka di mana banyak perkara yang harus mereka fikirkan. Jika dikatakan mahasiswa banyak masalah dan tekanan yang dihadapi, ada pula pihak yang memberi nasihat dengan menyatakan “kerja nanti lagi besar cabarannya”.

Adakah ungkapan itu boleh dijadikan alasan untuk kita mengabaikan tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa yang antara puncanya adalah bebanan kos sara hidup yang tinggi?

Bukan sahaja tentang kos pembayaran yuran, kos makanan, sewa rumah dan sebagainya juga harus mereka fikirkan. Namun, apabila isu terbabit dibangkitkan, mahasiswa sering kali dipersalahkan dengan alasan berbelanja melebihi had kemampuan.

Mungkin diakui ada betulnya, tetapi tidak semua pelajar berkelakuan sedemikian malah ada dalam kalangan mereka juga berusaha melakukan kerja sambilan untuk menampung kos sara hidup terutama daripada keluarga berpendapatan rendah.

Tekanan daripada keluarga juga sebenarnya perlu diberi perhatian kerana ada sesetengah mereka terlalu menekankan pencapaian yang tinggi untuk anak-anak.

Kadangkala pencapaian yang keluarga inginkan sebenarnya satu beban kepada mahasiswa walaupun ia akan membawa kebaikan diri kepada diri mereka.

Sekiranya harapan tersebut tidak dapat dicapai, ia akan menjadi tekanan yang kuat buat mahasiswa sehingga ada yang berfikir untuk berhenti daripada belajar. Menggalak anak-anak dalam mencapai kejayaan perlulah mengikut landasan yang betul dan bukan secara paksaan yang berterusan.

Sebenarnya, tekanan yang dihadapi oleh pelajar universiti bukan isu yang remeh. Ia perlu diambil berat oleh semua pihak seperti ibu bapa, pensyarah dan sebagainya.

Bukan lawak kerana tekanan kepada mahasiswa kadangkala mampu menyebabkan mereka terfikir untuk membunuh diri. Hal ini sangat berbahaya jika masalah tekanan yang dihadapi mahasiswa tidak diselesaikan. – UTUSAN

NOR FADHILAH KUIN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya