Vaksinasi kaedah terbaik lindungi kanak-kanak - Utusan Malaysia

Vaksinasi kaedah terbaik lindungi kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAEDAH untuk meningkatkan imunisasi adalah menerusi vaksinasi kerana ia merupakan cara paling mudah, selamat dan berkesan bagi mencegah penyakit, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Vaksin adalah sebahagian atau keseluruhan kuman daripada penyakit tertentu yang telah dimatikan atau dilemahkan. Apabila kanak-kanak diberi suntikan vaksin, sistem imun mereka akan membentuk antibodi untuk melindungi tubuh daripada diserang penyakit.

Apabila kanak-kanak diberi satu dos atau dos tambahan, mereka akan dilindungi selama bertahun-tahun dan ini terbukti pemvaksinan merupakan langkah paling berkesan, selamat serta bijak bagi membentuk sistem imun tanpa mendatangkan sebarang penyakit.

Terdapat 12 penyakit yang boleh dicegah disenaraikan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) termasuk difteria, haemophilus influenza jenis B, hepatitis B, papillomavirus manusia, ensefalitis Jepun, campak, beguk, pertusis, poliomyelitis, rubella, tetanus dan tuberkulosis.

Berdasarkan Jadual Imunisasi NIP, vaksin disediakan secara percuma di semua klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara.

Selain vaksin ensefalitis Jepun yang hanya diwajibkan di Sarawak, setiap kanak-kanak perlu menerima vaksin mengikut jadual ditetapkan melainkan atas faktor penyakit atau keadaan perubatan tertentu yang mana ia memerlukan perbincangan lanjut bersama doktor.

Bagaimanapun, bukan semua vaksin akan menjamin imuniti seumur hidup. Vaksin untuk campak dan hepatitis B akan memberi imuniti seumur hidup manakala tetanus atau influenza akan bertahan selama bertahun-tahun, namun perlu diberi suntikan secara berkala bagi memastikan kanak-kanak terus dilindungi daripada serangan penyakit berkenaan. – UTUSAN

DR. LEE MEI LING, Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Perubatan Sunway

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya