Siasatan SPRM tak perlu jadi isu politik

Siasatan SPRM tak perlu jadi isu politik

KEPUTUSAN untuk mencutikan seseorang menteri adalah kuasa mutlak perdana menteri yang harus dibuat berdasarkan fakta dan bukti. – PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DESAKAN untuk mencutikan seseorang menteri kerana tindakan pegawai kanannya yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukanlah praktik biasa di negara ini malah tiada undang-undang khusus yang mewajarkannya.

Desakan ini bersifat pramatang dan menimbulkan pertanyaan pelik. Ini kerana berapa kali menteri itu perlu bercuti sekiranyai ada pegawai beliau yang lain pula disiasat selepas ini?

Keputusan untuk mencutikan seorang menteri adalah kuasa mutlak perdana menteri yang harus dibuat berdasarkan faktafakta dan bukti.

Namun, penting untuk diingatkan bahawa tidak diperlukan pertuduhan dibuat oleh SPRM untuk mengambil tindakan terhadap seseorang yang sedang disiasat.

Majikan atau pihak yang berkuasa ke atas individu tersebut boleh membuat keputusan untuk mencutikan seseorang daripada jawatannya jika terdapat sebab-sebab mencukupi yang membenarkan tindakan berkenaan seperti penyelewengan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan atau undang-undang.

Oleh itu, keputusan untuk mencutikan seseorang menteri atau mana-mana individu lain perlu dibuat berdasarkan kepada fakta dan bukti yang sahih serta mempertimbangkan prinsip keadilan serta kesaksamaan.

Janganlah kita gopoh dalam menegakkan keadilan dan menjadikan siasatan SPRM sebagai isu politik bagi menjatuhkan lawan.

Justeru, rakyat perlu yakin dan percaya kepada ketelusan proses perundangan negara sedia ada dan biarkan ia dilaksanakan tanpa gangguan.-UTUSAN

JAIS ABDUL KARIM
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya