Patuhi SOP elak pelajar terkena strok haba

Patuhi SOP elak pelajar terkena strok haba

PEMAKAIAN pakaian sukan ke sekolah dapat mengurangkan bahang kesan daripada strok haba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui setiap tahun negara bakal mengalami fenomena pemanasan global atau fenomena ekuinoks pada Mac dan September. Pendedahan suhu yang tinggi memberi risiko mendapat strok haba, iaitu suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius.

Justeru beberapa langkah proaktif yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menangani kes seperti ini demi menjamin keselamatan dan kesihatan murid-murid sekolah. Antaranya :

1. Patuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

2. Hadkan aktiviti- aktiviti luar bilik darjah (kokurikulum dan pembelajaran luar bilik darjah ) dan dihentikan jika keadaan suhu mencecah 35 hingga 37 darjah Celcius.

3. Pastikan pengudaraan yang baik di kelas, makmal, asrama dan sebagainya.

4. Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik di bilik perpustakaan, bilik mesyuarat dan sebagainya. Penyelenggaraan penghawa dingin perlu dilakukan jika tidak berfungsi dengan baik.

5. Sediakan mesin penapis air minuman yang secukupnya untuk pelajar atau letak botol minuman di kelas. Ibu bapa perlu untuk dibawa ke sekolah.

6. Sekolah dan ibu bapa perlu memantau tahap kesihatan murid dan segera menghantar ke klinik atau hospital jika bergejala. Ibu bapa segera melaporkan kepada pihak sekolah jika anak-anak bergejala sebagai langkah pencegahan awal untuk tindakan sekolah.

7. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah.

8. Pemakaian pelajar ke sekolah boleh dilonggarkan dengan memakai baju sukan.

Justeru, kerjasama pentadbir, guru, ibu bapa serta komuniti amat penting bagi mengelak risiko strok haba kepada murid- murid sekolah.-UTUSAN

MOHD AZIZEE HASAN
Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN