Orang politik jangan hanya pandai guna alasan motif politik

Orang politik jangan hanya pandai guna alasan motif politik

DEMOKRASI subur bila pemisahan kuasa kehakiman, eksekutif dan legislatif dihormati semua pihak termasuk ahli politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP kali ada orang politik didakwa di mahkamah, mereka bukan sahaja mengaku tidak bersalah tetapi mendakwa menjadi mangsa motif politik pihak berkuasa. Pendirian sebegini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di negara lain juga.

Yang terkini ialah ketua pembangkang India, Rahul Gandhi yang akan membuat rayuan terhadap hukuman penjara dua tahun dalam kes fitnah oleh ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Namun, situasi ini berbeza sekiranya melibatkan penjawat awam yang didakwa di mahkamah. Sebelum ini, seorang bekas ketua pengarah sebuah agensi penguat kuasa yang dijatuhi hukuman penjara enam tahun, menerimanya tanpa sebarang bantahan dan penuh keinsafan.

Jadi, kenapa apabila melibatkan orang politik yang didakwa di mahkamah, mereka kerap kali mengatakan ia berunsur motif politik? Alasan mereka, tokoh masyarakat terlibat dalam perebutan dan mengekalkan kuasa. Oleh kerana itu, mereka sentiasa terdedah pada fitnah dan tohmahan.

Di sinilah peranan kehakiman penting dalam memastikan orang politik yang didakwa atas pelbagai kesalahan mendapat perbicaraan adil dan telus. Walaupun mereka diberi ruang luas mempertahankan dirinya, namun barisan kehakiman hendaklah bebas daripada pengaruh dan tekanan politik.

Kehakiman sebagai satu cabang sistem politik pentadbiran negara mesti bersikap profesional dan mempunyai integriti tinggi dalam membicarakan orang politik. Para hakim hendaklah bersih dan tidak berpihak apabila membicarakan orang politik supaya sebarang keputusan yang diambil tidak menjadi isu.

Demokrasi subur bila pemisahan kuasa kehakiman, eksekutif dan legislatif dihormati dan dipupuk kesuburannya. Yang penting, orang politik tidak mudah mempolitikkan institusi kerajaan apabila didakwa di mahkamah.-UTUSAN

HASSAN
Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN