Mampukah dolas AS kekal mata wang utama dunia?

Mampukah dolas AS kekal mata wang utama dunia?

DOLAR Amerika Syarikat (USD) telah menjadi mata wang antarabangsa terkemuka di dunia kerana faktor ekonomi, politik dan sejarah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DOLAR Amerika Syarikat (AS) menjadi mata wang antarabangsa terkemuka di dunia kerana faktor ekonomi, politik dan sejarah. Dianggarkan kira-kira 60 peratus daripada semua rizab tukaran asing dipegang bank-bank pusat adalah dalam dolar AS manakala 40 peratus perdagangan global turut dinisbahkan kepada mata wang itu. Ini menjadikan dolar AS sangat dominan dalam perdagangan global dan turut dipanggil sebagai hegemoni.

Hegemoni dalam sistem kewangan global memberi kuasa kepada AS untuk menentukan serta mempengaruhi kesejahteraan dunia. Pada masa sama, dengan kuasa yang ada, AS sering mempergunakan mata wang dan dasar monetari mereka sebagai senjata untuk menguasai ekonomi dunia.

Bagaimanapun, sebahagian pengkritik berpendapat, hegemoni ini memberi pelbagai kesan negatif selain mewujudkan banyak ketidakseimbangan dalam sistem kewangan global yang turut membawa kepada krisis kewangan dan ketidakstabilan ekonomi.

Sebagai contoh, krisis kewangan Asia pada 1997 sememangnya berpunca daripada kenaikan mendadak kadar faedah dolar AS oleh Bank Negara Amerika.

Oleh demikan, beberapa negara seperti Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) menyatakan hasrat untuk mencipta mata wang global baharu yang bertujuan mengurangkan pergantungan dunia kepada dolar AS. Mata wang global baharu ini diharap mampu memberi pelbagai faedah kepada sistem kewangan global seperti memperkukuh integrasi ekonomi dalam BRICS itu sendiri, mengurangkan pengaruh AS di pentas global dan melemahkan kedudukan dolar AS sebagai mata wang rizab antarabangsa.

Sejak 2014 lagi, negara-negara BRICS meneroka pelbagai cara untuk mengurangkan pergantungan kepada dolar AS. Mereka menubuhkan Bank Pembangunan Baharu sebagai alternatif kepada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Semasa Sidang Kemuncak BRICS ke-14 pada 2022, Presiden Russia, Vladimir Putin mengumumkan BRICS akan berganding untuk mengeluarkan mata wang rizab global baharu dan bersedia bekerjasama secara terbuka dengan semua rakan negara-negara lain yang turut berhasrat mengurangkan pergantungan kepada dolar AS.

Cadangan ini berpotensi menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan lebih menarik, pelaburan unik serta menggalakkan negara-negara lain untuk membentuk pakatan dalam membangunkan mata wang serantau sendiri.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHD. EDIL ABD.SUKOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.