Jangan sampai kita nampak pelik sebab tak pegang gajet

Jangan sampai kita nampak pelik sebab tak pegang gajet

PENGGUNAAN telefon pintar perlu dilakukan berpada-pada dan tidak menjadi ketagihan yang boleh mengabaikan kesihatan mental, fizikal mahu pun sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA masa kini, ketagihan gajet khususnya telefon pintar semakin parah dalam masyarakat. Ia menjadi fenomena biasa dalam pelbagai situasi dan lokasi sama ada ketika di meja mesyuarat, meja makan, ruang berbual dan seumpamanya. Malahan ada ketikanya orang yang tidak memegang gajet akan tampak pelik dan terasing.

Kebiasaannya ketagihan ini melibatkan peruntukan masa penggunaan gajet secara berlebihan yang membawa kepada kegagalan menjalankan rutin seharian, tidak mampu mengawal diri dan timbul rasa resah gelisah apabila tidak dapat menggunakannya. Dalam menggunakan gajet, kelompok yang ketagih biasanya terlibat dalam beberapa aktiviti seperti melayari media sosial, ruang seks siber atau pornografi, berjudi, membeli-belah dan permainan video.

Alangkah ruginya nikmat masa bersama insan yang tersayang tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sewajarnya hargailah apa dan siapa yang berada di depan mata kerana peluang dan kesempatan tersebut tidak akan berulang.

Selain menimbulkan dampak antisosial, ketagihan gajet juga memberi kesan terhadap kesihatan diri. Pendedahan terhadap radiasi yang dikeluarkan oleh telefon pintar boleh membahayakan kesihatan, sistem kekebalan tubuh dan otak boleh terjejas. Bahkan cahaya yang berlebihan memberi kesan terhadap penglihatan yang boleh merosakkan saraf mata. Dalam masa sama, boleh menyebabkan  meningkatan kes rabun jauh (myopia).

Sebagai pengguna, jangan diperhambakan oleh kepintaran teknologi. Manusia adalah makhluk yang sempurna dan dibekalkan dengan akal. Mereka perlu berperanan sebagai khalifah Allah dan perlu bertindak lebih pintar daripada teknologi pintar. Selari dengan itu, literasi kemahiran teknologi pintar yang mampan perlu diperkenalkan para pengguna agar ia mampu menjadi pemangkin kepada generasi celik teknologi dan penyuluh dalam menangani gejala ketagihan gajet.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MOHD. ANUAR RAMLI
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya