Henti mengelirukan, menakut-nakutkan rakyat - Utusan Malaysia

Henti mengelirukan, menakut-nakutkan rakyat

Dr. Mahathir Mohamad kini lebih berminat mengukuhkan perjuangan Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan pada 19 Mac lalu. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI yang kita tahu Proklamasi Orang Melayu yang dilancarkan oleh Sekretariat Tanah Air pada 19 Mac lalu adalah satu proklamasi yang melangkaui batasan kepartian, bukan untuk mana-mana parti politik atau kumpulan.

Proklamasi dibuat untuk orang Melayu bagi menyedarkan di mana kedudukan mereka di Tanah Melayu ini. Ia untuk menyatukan orang Melayu.

Hanya dengan penyatuan orang Melayu maka kejayaan akan dapat dicapai bagi menjamin masa depan mereka.

Setelah beberapa pemimpin Melayu seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menandatanganinya, timbul beberapa kenyataan yang mengelirukan serta cuba menakut-nakutkan rakyat.

Contohnya, ada pihak mendakwa proklamasi itu hanya hendak menjatuhkan kerajaan perpaduan dan menjadikan negara kucar-kacir.

Kepada pihak terbabit, janganlah cuba mengelirukan dan menakut-nakutkan rakyat kerana Sekretariat Tanah Air tidak mewakili mana-mana parti politik dan tindakan kami tidak akan menyebabkan orang Melayu berpecah belah.

Satu hakikat, pemimpin-pemimpin Melayu yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu tidak mewakili parti. Dr. Mahathir, Abdul Hadi dan Ahmad Faizal, semuanya menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi.

Mereka adalah sebagai individu Melayu Islam yang setuju dengan 12 perkara sepertimana tercatat di dalam Proklamasi Orang Melayu. Semua 12 perkara itu yang tiada kaitan dengan mana-mana bangsa lain ataupun kerajaan memerintah.

Jadi, semua pihak perlu memahami isi kandungan proklamasi dan tujuan sebenar ia diwujudkan.

Kepada pihak-pihak terbabit, saya menyeru mereka supaya bersikap lebih bertanggungjawab dan perlu segera menghentikan membuat kenyataan yang mengelirukan dan menakut-nakutkan rakyat. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya