Tradisi rahmah Ramadan buat pelajar di perantauan

Tradisi rahmah Ramadan buat pelajar di perantauan

KEDUTAAN Azerbaijan di Malaysia menyantuni lebih 200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berjauhan daripada keluarga dalam Program Iftar Ramadan Kareem di kampus Shah Alam pada 12 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI pelajar antarabangsa beragama Islam di Malaysia unuk mencari komuniti bagi berkongsi iftar adalah mudah kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

Kebanyakan universiti dan pertubuhan pelajar menawarkan acara iftar pada bulan Ramadan bagi memberi peluang kepada pelajar antarabangsa berhubung dengan ‘keluarga baharu’, bersama-sama pelajar lain yang turut merayakan bulan suci ini.

Berbuka puasa di Malaysia memang berbeza dan unik, mengikut kebudayaan masyarakat tempatan dan pengaruh dari pelbagai negara.

Ramadan adalah masa yang sesuai untuk saling mengenali dan menghargai kebudayaan serta tradisi masing-masing.

Kegiatan yang dilakukan pada waktu berbuka puasa membantu menenangkan jiwa dan menyerapkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

Kebanyakan organisasi dan badan amal menyediakan acara iftar untuk membantu mereka yang memerlukan seperti berbuka puasa dengan anak-anak yatim dan keluarga miskin, pelajar dan sebagainya. Melalui keterlibatan dalam kegiatan sosial ini, pelajar antarabangsa dapat mempelajari nilai-nilai penting dalam Islam seperti empati dan keprihatinan terhadap orang susah.

Dengan semangat kekeluargaan dan berteraskan sifat rahmah, Kedutaan Azerbaijan di Malaysia mengambil peluang Ramadan ini menyantuni lebih 200 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berjauhan daripada keluarga dalam Program Iftar Ramadan Kareem di kampus Shah Alam pada 12 April lalu.

Duta Azerbaijan di Malaysia, Irfan Davudov memberitahu, pihaknya amat prihatin terhadap pelajar yang berjauhan daripada keluarga dan terpanggil untuk menganjurkan iftar bagi pelajar antarabangsa dan tempatan dengan berkongsi tradisi iftar di bulan Ramadan.

Kedutaan Azerbaijan juga menunjukkan komitmen setiap tahun untuk mempromosikan perpaduan sosial, keterangkuman dan kepelbagaian dalam komuniti pelajar melalui program iftar ini.-UTUSAN

ASMAHAN ABD RAZAK
Penulis bebas dan bekas pensyarah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN