Pahala puasa kurang di bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Pahala puasa kurang di bazar Ramadan

SUASANA bersesak di bazar Ramadan adalah situasi lumrah terutama ketika lewat petang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMADAN 2023 sedang kita lalui dengan cabaran tersendiri. Selain harga barang mentah naik, bulan puasa turut menuntut umat Islam supaya bersedia menghadapi ujian ­fizikal dan mental.

Ujian dari segi mental termasuk kawalan sikap, hati-hati bila berbicara dan perlu menjaga pandangan mata. Cabaran-cabaran lain adalah dari bazar-bazar Ramadan.

Di daerah Kuala Selangor sendiri terdapat 14 lokasi bazar Ramadan dan bazar raya dengan penambahan lokasi baharu di Terminal Bas Bandar Malawati Kuala Selangor; Astana Alam Fasa 3 Puncak Alam; Alam Jaya Puncak Alam dan Jalan Dataran Suria 15/7/1 Puncak Alam.

Jumlah tapak disediakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) untuk bazar Ramadan tahun ini pula sebanyak 850.

Di bazar-bazar Ramadan ini misalnya, masih terdapat wanita-wanita Islam yang berpakaian tidak sopan yang memberi godaan mata kepada kaum Adam.

Tidak bertudung, memakai skirt, seluar sendat dan baju menampakkan bahagian dada dan lain-lain lagi. Pastinya jika golongan lelaki tidak mengawal pandangan, ibadat puasa yang dilalui akan terjejas.

Maka, ketika umat Islam mengejar kualiti puasa, masih terdapat segelintir yang hanya mendapat lapar, dahaga dan penat sepanjang hari.

Saya sendiri sebagai kaum lelaki tidak singgah di bazar Ramadan kerana bimbang dengan cabaran tersebut yang menuntut kawalan kendiri.

Selain tidak suka suasana bersesak, tambahan pula kehadiran ke bazar Ramadan menyebabkan saya mudah rambang mata.

Tulisan ini untuk mengingatkan pembaca yang beragama Islam agar sama-sama mengawal mata semasa singgah di bazar Ramadan.

Kepada kaum wanita, saya menyaran anda berpakaian dengan imej sebagai orang Islam sebenar, bukannya mempromosi gaya hidup ala Barat. – UTUSAN

GENG TARAWIH 1444 HIJRAH, Kuala Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya