Makin ramai mahasiswa ponteng kuliah, salah siapa?

Makin ramai mahasiswa ponteng kuliah, salah siapa?

KETIDAKHADIRAN pelajar ke kuliah tanpa sebab kukuh boleh memberi kesan kepada sistem pendidikan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMUS hidup bagi seorang mahasiswa adalah memenuhi kehadiran ke kuliah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi masa hadapan kelak.

Dalam erti kata lain, menjadi kewajipan setiap mahasiswa untuk menuntut ilmu. Namun, dewasa ini, semangat untuk belajar kian pudar dalam jati diri mereka. Ketidakhadiran mahasiswa tanpa sebab munasabah ke kelas bukan hal yang aneh kepada pensyarah.

Tidak dapat disangkalkan lagi terdapat segelintir mahasiswa bagai melepaskan batuk di tangga dalam hal-hal melibatkan kuliah. Namun, sebaliknya mereka bulat hati sekiranya melibatkan aktiviti lain di luar dewan kuliah.

Di luar sana banyak pelajar yang tidak dapat menyambung pelajaran kerana masalah kewangan dan kegawatan ekonomi. Menurut statistik Jabatan Perangkaan, hampir 72 peratus pelajar tidak menyambung pelajaran.

Sayangnya, mereka yang mempunyai kelebihan untuk menyambung pelajaran tidak menggunakan peluang dengan sebaiknya. Seperti sedia maklum, yuran untuk belajar di institusi pengajian tinggi bukanlah murah.

Antara sebab berlakunya perkara ini adalah kerana pelajar tidak menunjukkan minat untuk belajar. Mereka mungkin kurang motivasi sehingga hilang minat terhadap subjek yang diambil sepanjang kuliah.

Jika perkara sebegini berterusan, mungkin akan menjadi tabiat untuk pelajar ponteng kuliah. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pendidikan negara.

Setiap tindak tanduk pelajar pada hari ini akan menentukan bagaimana masa depan mereka.

Bukan itu sahaja, mereka juga merupakan penentu kepada masa depan negara sejajar dengan slogan ‘Mahasiswa penentu masa hadapan negara.-UTUSAN

MAISARAH SURANI
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya