SAUDARA PENGARANG,
SEBELUM ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan khusus untuk T20 tidak akan membabitkan peruntukan daripada kerajaan.
Bahkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan cadangan itu tidak akan mengubah matlamat asal penubuhan MRSM untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Namun, bagi saya masalah pasti akan timbul apabila anak-anak golongan T20 ditempatkan di asrama. Ini kerana ego mereka pasti akan terbawa-bawa walaupun di asrama. Begitu juga kes buli, cemburu dan pilih kasih oleh guru akan berlaku disebabkan perbezaan taraf kehidupan.
Namun, ia boleh dielakkan sekiranya anak golongan T20 ini diasingkan di MRSM khas untuk mereka dengan kadar yuran lebih tinggi daripada MRSM biasa yang menempatkan anak-anak golongan M40 dan B40.-UTUSAN
ATOK
Masjid Tanah, Melaka