Apa makna lantikan hakiki tapi tidak dibayar elaun?

Apa makna lantikan hakiki tapi tidak dibayar elaun?

DISKRIMINASI terhadap Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah kurang murid hanya mengurangkan motivasi mereka dalam mendidik anak bangsa.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di sekolah kurang murid ditawarkan lantikan secara hakiki dan kebanyakannya menerima tawaran jawatan tersebut.

Sebelum ini mereka hanya dilantik secara dalaman oleh pengetua berdasarkan pengalaman dan kebolehan menjalankan tugas.

Mereka tidak dibayar elaun tanggungjawab (ETJ). Mereka menjalankan tugas sama seperti rakan-rakan mereka di sekolah Gred A atau Gred B. Mereka pula terpaksa mengajar seperti guru biasa sehingga 30 waktu seminggu.

Berbeza dengan Penolong Kanan HEM di Gred A atau Gred B hanya berbelas waktu tetapi menerima elaun RM60 hingga RM120 sebulan.

Bagaimanapun, setelah ditawar dan menerima lantikan secara hakiki di sekolah sama, Penolong Kanan HEM di SKM masih juga tidak layak dibayar ETJ. Elaun yang sudah dibayar terpaksa dipulangkan semula. Apa maknanya jawatan hakiki di SKM? Mengapakah ada beza?

Sekiranya tidak layak menerima ETJ atas status berkhidmat di SKM, jadi tidak perlulah memberi golongan ini jawatan tetap.

Semoga isu ini dapat diselesaikan segera supaya tidak ada rasa kecewa dan kecil hati dalam kalangan guru yang bertugas.-UTUSAN

TOK MISAI
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN