Teknologi metaverse menjadi kegilaan masa kini - Utusan Malaysia

Teknologi metaverse menjadi kegilaan masa kini

NIKE merupakan antara jenama terkenal membuat permainan metaverse dengan mencipta Nikeland pada platform Roblox bagi membolehkan pemain bermain permainan sukan dalam ruang 3D yang mengasyikkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI ambang teknologi pada hari ini, pelbagai cara diperkenalkan untuk memudahkan kehidupan seharian di samping memberi keseronokan. Terkini, teknologi yang sedang mendapat perhatian seluruh dunia adalah metaverse. Istilah metaverse adalah daripada perkataan meta dan alam semesta.

Metaverse merupakan kesinambungan pengalaman digital yang menyeronokkan bagi pengguna kerana berdasarkan integrasi teknologi contohnya seperti realiti terimbuh (augmented reality) dan realiti maya.

Terdapat banyak syarikat besar pada hari ini mempunyai produk atau perkhidmatan metaverse untuk digunakan oleh pengguna. Facebook juga telah menukar namanya kepada Meta dan berusaha ke arah mencipta pengalaman metaverse kepada pengguna.

Manakala, Nike telah membuat permainan metaverse iaitu mencipta Nikeland pada platform permainan, Roblox dengan membolehkan pemain bermain permainan sukan dalam ruang tiga dimensi (3D) yang mengasyikkan. Inilah antara platform yang mula menjadi kegilaan masyarakat pada hari ini.

Selain itu, Roblox juga menjadi kegilaan masyarakat kini terutama golongan muda kerana pengguna boleh bermain permainan secara digital. Tambahan lain, Snapchat mencipta penapis gambar realiti terimbuh yang membolehkan pengguna mereka memanipulasi dunia melalui kamera telefon. Maka, pengguna kini semakin menggemari platform bercirikan metaverse ini.

Metaverse sememangnya berpotensi mengubah sektor teknologi, di mana banyak syarikat besar mencipta perkakasan dan perisian demi ke arah versi metaverse ini.

Peralihan dunia kepada teknologi terbaharu ini memberi banyak kebaikan kepada pengguna di mana mereka boleh menikmati permainan kegemaran mereka, bersosial atau berdagang dalam ruang 3D.

Pengguna bukan sahaja mendapat pengalaman baharu, malah boleh berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan, keluarga atau sesiapa sahaja secara maya, seolah-olah mereka bersama di dunia nyata.

Selain itu, kelebihan dalam sektor perniagaan pada hari ini ialah syarikat-syarikat boleh menggunakan pengalaman ini untuk berhubung dan berinteraksi dengan pelanggan dengan cara baharu, unik dan berbeza.

Antara contohnya seperti Ferrari, Hyundai, Cola-Cola, Louis Vuitton dan Balenciaga. Maka, teknologi metaverse ini memberi banyak manfaat kepada pelbagai sektor dan bidang malah ia semakin mendapat perhatian dari seluruh pelosok dunia dari sehari ke sehari. – UTUSAN

NORHANISHA YUSOF & AZRAYHAFIZI MATZIN, Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya