Peningkatan dividen LTAT hadiah terbaik ketika inflasi - Utusan Malaysia

Peningkatan dividen LTAT hadiah terbaik ketika inflasi

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan kadar dividen bagi 2022 sebanyak lima peratus. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI disiarkan dalam media massa, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) baru-baru ini mengisytiharkan kadar dividen lima peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM476.45 juta bagi 2022.

Pengisytiharan itu menandakan peningkatan kadar dividen berbanding tahun sebelumnya berjumlah 4.1 peratus dengan jumlah pembayaran RM379.42 juta.

Sebagai bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), saya amat berterima kasih di atas dividen terbaharu diumumkan oleh LTAT.

Pulangan dividen 2022 ini merupakan hadiah terbaik terhadap pesara ATM dan anggota tentera yang masih berkhidmat dalam menempuh ketidaktentuan ekonomi global serta tekanan inflasi di dalam negara yang semakin meningkat.

LTAT dibawah pimpinan Pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nazim Rahman membawa satu perubahan yang menjadi fenomena.

Ini berikutan berlaku lonjakan kadar dividen sebanyak 0.9 peratus dari 4.1 bagi 2021 ke lima peratus bagi 2022 berbanding peningkatan hanya sebanyak 0.5 peratus setiap tahun sejak 2018.

Terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian Pertahanan yang masih memikirkan kebajikan warga veteran seperti saya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini, LTAT bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan menyediakan 28 hektar tanah untuk penanaman jagung sebagai peluang pekerjaan kedua bagi kami untuk menceburi bidang baharu selepas bersara.

Semoga pucuk pimpinan LTAT yang baharu ini akan membuat yang terbaik bagi memastikan pulangan kadar dividen lebih baik pada tahun-tahun yang akan datang. – UTUSAN

HAJI AHMAD ZAINI, Pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.