Pemaju patut sedia kemudahan asas untuk penduduk

Pemaju patut sedia kemudahan asas untuk penduduk

MENJADI kesukaran bagi penduduk Taman Dataran Kinding di Tanjung Rambutan, Perak untuk mengumpul dana secara pungutan derma, wakaf dan penajaan dalam keadaan tekanan peningkatan kos sara hidup untuk pembinaan surat dan kemudahan lain.- GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMENTERIAN Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dan kerajaan negeri disaran memperkemaskan lagi peraturan dan undang-undang untuk mewajibkan pemaju taman perumahan awam kos rendah membina kemudahan asas bagi kegunaan penduduk. Walaupun langkah sedemikian akan meningkatkan kos pemaju, namun ia boleh diserap melalui peningkatan harga rumah serta sebagai tanggungjawab sosial secara berterusan.

Ketika ini, pemaju hanya menyediakan tapak dalam kawasan perumahan awam dan warga taman perlu mengusahakan pembinaan kemudahan asas berkenaan.

Justeru, kerajaan perlu mengkaji semula kaedah untuk menyediakan pusat kegiatan komuniti.

Isu sama berlaku di Taman Dataran Kinding, Tanjung Rambutan, Perak apabila projek perumahan kos rendah tiada kemudahan asas untuk penghuni melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Taman ini terdiri daripada 169 unit rumah kos rendah yang dihuni golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia adalah projek perumahan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI). Tapak taman ini adalah tanah milik kerajaan negeri.

Lokasi taman ini bertentangan dengan Taman Bahagia Tanjung Rambutan yang didirikan lebih awal lagi.

Kawasan perumahan ini dibina pada 2012 dan mula diduduki pada 1 Mac 2019 manakala 10 pintu rumah kedai masih tidak beroperasi kerana belum memperoleh sijil layak menduduki (CF) sejak 10 tahun lalu. Keadaan ini menyulitkan warga taman perumahan ini untuk membeli barangan keperluan harian.

Pemaju memperuntukkan tapak bagi maksud pembinaan surau dan kemudahan dewan orang ramai di taman ini. Adalah menjadi kesukaran bagi penduduk untuk mengumpulkan dana secara pungutan derma, wakaf dan penajaan dalam keadaan tekanan peningkatan kos sara hidup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad diminta meneliti perkara ini dan diharap dapat memainkan peranan secara proaktif untuk menyalurkan bantuan, syor dan pandangan kepada pihak berkuasa bagi membantu warga Taman Dataran Kinding mendapatkan kemudahan asas yang diperlukan agar dapat membina sebuah kawasan serta komuniti madani.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI
Tanjung Rambutan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.