Memiliki banyak emas dianggap orang kaya

Memiliki banyak emas dianggap orang kaya

Perdagangan emas dianggap pelaburan yang stabil di seluruh dunia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

EMAS dikatakan kekayaan manusia yang sebenar kerana nilainya sentiasa meningkat. Hal ini kerana emas boleh dipotong kepada beberapa unit tanpa menjejaskan nilainya.

Menurut sebuah buku berkaitan pelaburan emas, sejak 6,000 tahun lalu, sejarah emas boleh dilihat melalui penggunaannya sebagai mata wang. Orang yang memiliki banyak emas dianggap sebagai orang kaya.

Dari sudut pelaburan, secara puratanya pelaburan emas boleh dikatakan memberi pulangan yang lebih baik kepada pelabur memandangkan nilainya sentiasa meningkat.

Antara teknik asas untuk melabur emas adalah mendalami ilmu tentang pelaburan emas dan juga mula melabur atau membeli apabila harga emas jatuh. Menurut beberapa kajian, meskipun ekonomi negara sentiasa berubah-ubah, harga emas atau nilai emas sentiasa stabil serta jarang mengalami kejatuhan dan kenaikan harga. Hal ini kerana emas dianggap sebagai pelaburan yang stabil di seluruh dunia.

Bagaimanapun, para pelabur emas juga tidak terlepas daripada menanggung risiko akibat aktiviti pelaburan ini. Antara risiko yang paling ditakuti oleh para pelabur adalah terlibat dengan penipuan skim pelaburan emas.

Sebagai pelabur, dinasihatkan untuk mempelajari mengenai ilmu pelaburan serta merancang strategi yang betul sebelum mula melabur.-UTUSAN

NUR AFIFAH HANA MOHD. ZUBIR & PROFESOR MADYA DR. NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI
Fakulti Ekonomi & Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.