J-Kom berada pada landasan tepat perkasa penyampaian perkhidmatan - Utusan Malaysia

J-Kom berada pada landasan tepat perkasa penyampaian perkhidmatan

MOHAMMAD AGUS YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAKLUMAT tidak benar perlu dinafikan agar tidak merebak hingga boleh mencetuskan persepsi negatif terhadap sesuatu institusi, organisasi atau jabatan awam. Justeru, penafian Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Profesor Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff adalah langkah tepat kerana jika tidak ditangani segera, boleh memudaratkan jabatan tersebut.

J-Kom menurut Mohammad Agus bukanlah alat parti politik, sebaliknya ia sama seperti jabatan dan agensi awam lain di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai wahana kerajaan untuk memasar maklumat mengguna strategi komunikasi mengenai Malaysia Madani serta lain-lain dasar awam yang digagas kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuntasnya, J-Kom berperanan menyampai dan memasarkan dasar-dasar kerajaan. Justeru, dakwaan perkhidmatannya lembab dan tidak berfungsi adalah tidak tepat dan mempunyai niat tidak baik.

Dalam perkembangan sama, J-Kom mengiklan kekosongan jawatan melalui laman sesawangnya, www.jkom.gov.my/index.php/jawatan-kosong/ mulai 8 Februari dan berakhir 7 Mac lalu. Ia terbuka kepada warga negara Malaysia yang berkelayakan.

Mohammad Agus juga memaklumkan aktiviti turun padang sentiasa diadakan untuk memasarkan program Malaysia Madani, selain mengadakan aktiviti sepanjang Ramadan ini.

Sesiapa sahaja dijemput untuk mengadakan aktiviti secara bersemuka atau pun dalam talian bersama jabatan ini bagi maksud yang sama dalam mengangkat masyarakat berilmu dan bermaklumat.

J-Kom diwujudkan pada 2021 sebagai jabatan strategik kerajaan di bawah JPM yang diberi tanggungjawab membudaya ilmu, mendigitalisasi masyarakat dan meningkat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia tercinta. – UTUSAN

J-KOM, Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.