Ilmu Sains dapat elak jadi mangsa renjatan elektrik

Ilmu Sains dapat elak jadi mangsa renjatan elektrik

ANCAMAN arus elektrik boleh tercetus dari tiang elektrik di depan rumah atau kabel yang terputus atau terendam dalam lopak air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMPELAJARI topik Litar Elektrik dalam subjek Sains di sekolah boleh digunakan untuk manfaat diri sendiri dan juga dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

Peralatan elektrik boleh berada di sekeliling kita sama ada di sekolah, rumah, tepi jalan atau berhampiran padang permainan. Ancaman arus elektrik bukan saja datang daripada suis kipas atau lampu tetapi juga dari tiang elektrik di depan rumah atau kabel yang terputus atau terendam dalam lopak air.

Pengetahuan mengenai pengendalian litar elektrik dan arus elektrik amat penting bagi keselamatan diri di semua tempat. Kesilapan mengendalikan alat elektrik atau memegang tiang elektrik yang wayarnya terdedah boleh menyebabkan kemalangan seperti renjatan elektrik, kebakaran, melecur dan juga boleh mengakibatkan kematian.

Litar elektrik adalah satu lintasan lengkap terbentuk daripada wayar penyambung dan komponen elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir.

Antara langkah keselamatan asas dan utama perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan adalah pengendalian peralatan elektrik dalam keadaan tangan yang kering.

Kita tidak boleh mengendalikan peralatan elektrik dengan tangan yang basah kerana air merupakan satu daripada konduktor elektrik, iaitu bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dan boleh menyebabkan renjatan elektrik berlaku.

Perbuatan memasukkan bahan yang boleh mengalirkan elektrik (konduktor elektrik) ke dalam soket juga boleh mengundang bahaya. Konduktor elektrik mendedahkan badan kepada arus elektrik yang kuat kerana soket di rumah atau di sekolah dibekalkan dengan arus tinggi.

Dan penyambungan terlalu banyak peralatan elektrik pada satu sumber kuasa juga pula boleh mengakibatkan bencana kerana sesetengah sumber kuasa tidak mampu menampung beban atau penggunaan arus elektrik terlalu tinggi. Ini akan menyebabkan sumber kuasa yang digunakan terbakar.

Peralatan elektrik juga tidak boleh dibaiki sendiri kerana litar elektrik yang terdapat dalam peralatan elektrik merupakan bahan berbahaya dan sangat sensitif untuk dikendalikan orang tidak mahir.

Kesilapan sambungan wayar boleh menyebabkan terjadinya litar pintas yang akan mengakibatkan kebakaran. Penggunaan peralatan elektrik atau mempunyai wayar yang telah rosak juga boleh menyebabkan kemalangan berpunca daripada arus elektrik.

Namun jika ingin membantu mangsa renjatan elekterik, pastikan anda menggunakan bahan penebat elektrik.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya