Bina parkir kenderaan di Cameron Highland

Bina parkir kenderaan di Cameron Highland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukan sebanyak RM480 juta untuk menaik taraf jalan raya di Cameron Highland iaitu di laluan tertentu dari Habu hingga ke Tanah Rata bagi mengurangkan kesesakan terutama di waktu puncak ketika ramai pengunjung datang untuk bercuti.

Pada pandangan saya, struktur jalan yang kecil, sempit dan berbukit merupakan punca kesesakan, namun faktor kesukaran dan kekurangan kawasan atau kemudahan meletak kenderaan juga menyebabkan pengunjung tercari-cari tempat letak kenderaan dan akhirnya meletakkan kenderaan sesuka hati sekali gus menyumbang kepada kesesakan.

Saya bersetuju dengan beberapa pandangan daripada warga Cameron Highland seperti yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 28 Februari lalu bertajuk Tak perlu jalan baharu, bina tempat letak kereta. Oleh itu, elok sekiranya sebahagian dari Belanjawan yang diluluskan disumbang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membina kawasan letak kenderaan bertingkat dan sebahagian lagi untuk menaik taraf jalan sedia ada di kawasan terpilih dan kritikal.

Sekiranya kekangan pembinaan tapak meletak kenderaan adalah kerana kekurangan tanah, saya berpendapat jika tiada pilihan lain bolehlah membina di atas ruang laluan jalan raya sedia ada dan sungai dengan syarat tidak menjejaskan struktur jalan raya, tanpa menjejaskan struktur dan sifat semula jadi sungai mahupun alam sekitar.

Mungkin boleh membina bangunan letak kenderaan dengan membiarkan jalan raya sedia ada melalui bawah bangunan berkenaan, begitu juga sungai. Malah boleh diletakkan ruang medan selera bagi memudahkan pengunjung.-UTUSAN

TEROPONG DO RE MI
Setapak, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya