Ramai terdesak, benarkan pengeluaran KWSP - Utusan Malaysia

Ramai terdesak, benarkan pengeluaran KWSP

Dua pertiga pencarum KWSP tidak cukup simpanan untuk bersara. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA memohon kepada kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua rakyat yang memerlukan.

Untuk pengetahuan, saya adalah antara yang terkesan akibat pelbagai faktor seperti kenaikan harga barang dan sebagainya.Walaupun baki simpanan yang ada tidaklah banyak tetapi memadai dalam melunaskan hutang dan komitmen yang ditanggung ketika ini.

Sebelum ini pun banyak pihak yang menggesa untuk membenarkan pengeluaran wang KWSP termasuk Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang meminta kerajaan meluluskan pengeluaran caruman secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka Mac ini.

Begitu juga bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi komitmen untuk membangkitkan isu sama di Dewan Rakyat, bulan ini.

Kita tidak mengetahui tentang masa depan bahkan apa yang berlaku pada masa akan datang bukan di tangan pihak KWSP tetapi Allah SWT. Jadi, janganlah menyukarkan golongan yang amat memerlukan wang tersebut demi kelangsungan hidup. Kerajaan perlu sedar ramai yang masih terkesan sejak penularan pandemik Covid-19.

Saya terlalu berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini kerana hidup saya di dunia ini tidak lama. Sekurang-kurangnya wang KWSP itu dapat menyelamatkan rakyat yang sedang susah dan mempunyai keperluan mendesak. – UTUSAN

ABDUL KADIR MOHAMMAD, Paloh, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya