Pantau perbuatan orang dalam seleweng aset - Utusan Malaysia

Pantau perbuatan orang dalam seleweng aset

PENYELEWENGAN aset termasuk melibatkan data dan harta intelek syarikat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SKANDAL kewangan dan penipuan bukanlah perkara asing dan ia juga sering dibangkitkan di media massa.

Menurut laporan tinjauan global Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) 2020 mengenai penipuan dan penyalahgunaan, penyelewengan aset adalah antara jenis penipuan yang paling kerap.

Ia termasuk dalam tiga jenis jenayah komersial paling kerap ditemui dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, iaitu penipuan penyata kewangan, penipuan melibatkan jenayah rasuah dan penipuan penyelewengan aset.

Malangnya, topik penyelewengan aset kurang mendapat perhatian masyarakat serta media massa berbanding gejala rasuah dan pelaporan penyata kewangan palsu.

Penyelewengan aset boleh melibatkan pihak ketiga atau pekerja dalam organisasi yang menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mencuri melalui aktiviti penipuan.

Ia juga dikenali sebagai penipuan orang dalam. Jenis penipuan ini boleh dilakukan oleh pengarah syarikat atau pekerjanya atau sesiapa sahaja yang diamanahkan untuk memegang dan mengurus aset serta menjaga kepentingan sesebuah organisasi.

Termasuk dalam kategori penyelewengan aset adalah melibatkan data syarikat atau harta intelek. Antara punca penyelewengan aset berlaku berikutan sistem prosedur yang lemah, kurang pemantauan daripada pihak pengurusan, lemah dalam kawalan dalaman dan tiada pengasingan tugas.

Jika tidak diatasi dari awal, ia boleh menjadi barah untuk kes jenayah penipuan yang berskala lebih besar sekali gus memudaratkan. Oleh itu. kerajaan dan pentadbir di peringkat atasan perlulah memainkan peranan untuk mengatasi gejala ini.

Jika ia tidak dirawat dari peringkat akar umbi, ia akan menjadi lebih parah dan merebak secara sistematik ke seluruh organisasi sehingga mewujudkan budaya penipuan yang sukar untuk diselesaikan. – UTUSAN

RADZIAH MOHD. DANI, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya