Masyarakat Madani hala tuju baharu rakyat Malaysia

Masyarakat Madani hala tuju baharu rakyat Malaysia

KERAJAAN diharap sentiasa telus dalam melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan berpaksikan rakyat terbanyak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Pada asasnya Madani merupakan kepercayaan antara kerajaan dan rakyat atas dasar ketelusan dan kerjasama. Ia mengiktiraf hak setiap warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk hidup dalam persekitaran yang mampan dan menyumbang kepada kesejahteraan bangsa.

Terdapat enam komponan yang terdapat dalam Madani iaitu kemamapapnan, daya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat dan ihsan.

Pelaksanaan negara memilih fokus masyarakat Madani Malaysia adalah terbaik dan langkah tepat kerana ia bersifat menyeluruh tidak sekadar retorik tetapi boleh direalitikan melalui pengayatan agama serta nilai kemanusiaan sejagat yang tidak meminggirkan mana-mana kelompok rakyat, merentasi kawasan dan negeri dalam sebuah negara berbilang bangsa dan budaya sebagai cara hidup di negara kita.

Rasuah misalanya adalah amalan yang jelik dan jijik yang merunsingkan masyarakat dunia yang menolak amalan tersebut melalui perkenalan indeks rasuah yang diteliti skornya saban tahun dalam kalangan negara-negara di dunia.

Tuntasnya perbuatan tersebut boleh merosakan negara secara jangka panjang. Apabila hakim boleh dirasuah, pegawai penguatkuasa boleh dirasuah pembekal dan vendor membenarkan amalan rasuah, penjawat awam yang berkuasa menerima rasuah akan menggagalkan sistem perolehan melalui kaedah sebut harga dan tender.

Dalam aspek politik pula tiada mana-mana pemimpin yang boleh secara sewenang-wenangnya menjarah wang negara secara tidak berakauntibiliti. Ini adalah kerana masyarakat sudah sepakat menolak amalan tidak berintegriti disemua peringkat sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Masyarakat Madani bermula dari semua peringkat prasekolah hingga ke pengajian tinggi melalui peribadi individu merentas semua kementerian dan peringkat usia rakyat.

Adalah menjadi harapan bahwa tiada lagi kesenjangan pendapatan antara rakyat yang terlalu kaya dan yang miskin dan papa kedana. Kerajaan diharapkan sentiasa telus dalam melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan berpaksikan rakyat terbanyak.

Syabas kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggagaskan Masyarakat Madani Malaysia sebagai kerangka reformasi baharu negara ke era tatakelola yang lebih jaya demi masa depan negara tercinta.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya