Malaysia Madani dan kesihatan mental

Malaysia Madani dan kesihatan mental

PEMIMPIN dan pejuang kesihatan mental harus menggandakan usaha dalam mewujudkan persekitaran selamat dan menyokong individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PRINSIP Malaysia Madani iaitu kemampanan, kepercayaan, rasa hormat, inovasi dan keperihatinan adalah semua komponen penting berkaitan kesihatan mental. Kepercayaan juga penting untuk individu berasa selesa bagi mendapatkan bantuan dan melibatkan diri dalam rawatan.

Rasa hormat adalah perlu untuk individu berasa dihargai dan didengari apabila membincangkan kebimbangan mengenai kesihatan mental. Inovasi menjamin agar perkhidmatan kesihatan mental kekal terkini dengan penyelidikan dan rawatan moden yang tersedia. Akhir sekali, keprihatinan adalah penting agar individu berasa disokong dan difahami sepanjang perjalanan mereka ke arah kesihatan mental yang lebih baik.

Konsep Malaysia Madani yang menjadi kerangka pembangunan masyarakat harmoni dan progresif berteraskan prinsip keadilan, kebebasan, dan bertanggungjawab juga secara langsung menangani cabaran sosial dan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat.

Cabaran seperti kemiskinan, ketidaksamaan dan peminggiran menjadi penentu sosial kesihatan mental dan kesejahteraan. Selain itu, konsep ini juga menggalakkan pembangunan budaya menghormati hak asasi manusia dan menyeru rakyat bertanggungjawab di atas tindakan mereka sendiri.

Masyarakat Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah sangat maju dan tersusun. Mereka adalah masyarakat yang menghargai kesihatan mental, kesejahteraan dan mempunyai beberapa pembaharuan  yang dilaksanakan untuk memastikan orang ramai dapat menjalani kehidupan sihat.

Sebagai contoh, baginda membentuk sistem kebajikan masyarakat bagi anak yatim, janda, dan orang tua. Baginda juga menggalakkan orang ramai mendapatkan bantuan perubatan apabila diperlukan dan menyediakan rawatan perubatan percuma bagi mereka yang tidak mampu. Selain itu, baginda juga melaksanakan undang-undang yang melindungi orang ramai daripada penderaan atau eksploitasi. Baginda menggalakkan orang ramai mengamalkan penjagaan diri dan menjaga kesihatan mental dengan solat dan zikir.

Oleh itu, pemimpin dan pejuang kesihatan mental harus menggandakan usaha dalam mewujudkan persekitaran selamat dan menyokong individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Mereka juga harus berusaha untuk memastikan perkhidmatan kesihatan mental boleh diakses dan tersedia untuk rakyat.

Dasar dan program kesihatan mental yang lebih baik akan memberi manfaat kepada seluruh negara dengan mewujudkan masyarakat lebih berperikemanusiaan dan inklusif.-UTUSAN

PROFESOR DATUK DR. ANDREW MOHANRAJ
Pakar Perunding Psikiatrik & Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya