Jangan mudah terpedaya dengan peniaga licik

Jangan mudah terpedaya dengan peniaga licik

PENGGUNA perlu bijak dalam membuat pembelian agar tidak tertipu dan menjadi mangsa penindasan peniaga tamak. – UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BOLEH dikatakan setiap hari berlaku penipuan dalam perniagaan. Kehidupan manusia hari ini boleh diibaratkan berada di zaman separuh kebenaran, terutama apabila berdepan dengan iklan atau promosi yang kesahihannya diragui.

Seseorang ahli perniagaan yang jujur biasanya bersusah payah menawan bakal pembeli supaya terus ‘berbaik’ dengannya dan sedia bertolak ansur dalam tawar- menawar. Tetapi yang menipu tidak mahu bertolak ansur dalam tawar-menawar.

Terdapat ratusan cara penipuan yang perlu pengguna ambil tahu agar tidak menjadi mangsa. Ramai pengguna mengalami kerugian, keliru dan malu kerana tertipu.

Penipuan yang ‘berani’ boleh menipu ramai orang kerana mengetahui tabiat manusia. Mereka mengkaji keinginan pengguna untuk mendapatkan sesuatu pada harga paling murah.

Agensi-agensi pelindung pengguna memberi nasihat-nasihat seperti berikut untuk mengelakkan pengguna dari menjadi mangsa penipuan:

1. Jangan membeli secara terburu-buru. Ambillah masa dengan pergi ke beberapa kedai untuk bandingkan harga dan kemudian barulah buat keputusan.

2. Jangan berurusan dengån peniaga yang menjelma sekali-sekala, terutama pada waktu malam.

3. Janganlah ambil sikap tidak mahu tawar- menawar atau terpengaruh dengan harga sahaja. Mutu adalah penting. Berhati-hatilah dengan jualan murah sekali seumur hidup, diskaun, jualan murah borong dan percuma kerana itu adalah cara untuk peniaga menipu.

4. Jangan membiarkan diri terpengaruh dengan juru jual yang pintar. Kajilah semua faktor dan bukan hanya menerima bulat-bulat kata-kata juru jual itu. Baca infromasi sesuatu barangan di pembungkusan dengan teliti sebelum membeli.

5. Berhati-hatilah dengan kontrak. Jangan menandatangani sesuatu kontrak sebelum membaca dan memahaminya. Bacalah semua butir-butir. Jangan menandatangani kontrak yang ada ruangan kosong atau mengandungi bayaran-bayaran yang tidak ditentukan. Simpanlah satu salinan kontrak itu. Jangan terima janji secara lisan sebaliknya dapatkan jaminan bersurat.

6. Simpanlah resit, cek jualan dan surat-surat jaminan satu tempat yang untuk digunakan kemudian hari seperti tuntutan insurans, tuntutan jaminan dan sebagainya.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya