Jangan melampau bila luah rasa tidak puas hati

Jangan melampau bila luah rasa tidak puas hati

UMAT Islam di negara ini diminta menunjukkan teladan yang baik dalam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI zaman moden dan serba canggih ini unsur-unsur ekstremisme serta provokasi sepatutnya tidak berlaku lagi. Kini, dunia dihuni oleh kalangan manusia bertamadun dan berpendidikan tinggi yang sepatutnya mempunyai nilai-nilai jati diri murni.

Malangnya, dunia pada hari ini masih dibelenggu oleh unsur-unsur yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama yang amat mengecewakan kita semua. Tindakan jahat pelampau sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang kini di bawah perlindungan polis mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membakar al-Quran di Stockholm amat mengecewakan dan memalukan.

Perbuatan jahat yang secara sengaja untuk memprovokasi amalan agama lain tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Justeru, umat Islam diminta tidak menganjurkan sebarang tindak balas yang berunsur tidak bertamadun kerana kita harus berpegang erat pada ajaran agama Islam secara tulen serta berdisiplin.

Biar keseluruhan dunia melihat nilai-nilai jati diri umat Islam secara mulia dan murni untuk dijadikan contoh teladan terbaik kepada puak-puak ekstremis agama lain agar mereka terus insaf terhadap segala kesilapankesilapan yang memalukan itu.

Islam dipenuhi dengan ajaran-ajaran yang mulia dan ilmu toleransi yang tinggi. Biar kita mempamerkan nilai mutu tamadun yang tinggi dan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa agama Islam itu adalah ad-din yang harus diikuti oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum ataupun agama mana sekalipun. Islam harus ditunjukkan sebagai agama terbaik dan agama contoh yang diakui oleh semua pihak di seluruh dunia.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Pengerusi Gerakan Tanah Air Wilayah Persekutuan & Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya