Belajarlah dari kisah ‘hitam’ pelarian di Pulau Bidong - Utusan Malaysia

Belajarlah dari kisah ‘hitam’ pelarian di Pulau Bidong

JASA baik Malaysia selama 12 tahun menempatkan pelarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengganu bermula pada 1978 telah dibalas dengan demonstrasi berdarah pada awal 1990-an. - SUMBER INTERNET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TRAGEDI Pulau Bidong di Terengganu tersemat di hati rakyat Malaysia suatu ketika dahulu kerana terlalu bermurah hati menerima kedatangan pelarian dari Vietnam.

Kedatangan pelarian tersebut dek peperangan yang tercetus di negara mereka menyebabkan kerajaan Terengganu terpaksa menjadikan Pulau Bidong sebagai tempat penempatan pelarian. Hal ini menjadi tidak terkawal ekoran bilangan pelarian dianggarkan mencecah 252,390 orang dan seramai 4,535 bayi dilahirkan.

Kehadiran mereka membawa beberapa impak negatif terutamanya kepada penduduk asal iaitu nelayan. Punca pendapatan mereka terjejas dan ramai terpaksa berhijrah.

Pada masa sekarang, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah diberikan mandat bagi melindungi pelarian asing di Malaysia dan suruhanjaya itu menganggarkan terdapat kira-kira 181,000 pelarian dan pencari suaka berada di negara ini.

Walaupun jumlah tersebut tidaklah signifikan, tetapi tetap menimbulkan kegusaran kepada masyarakat tempatan. Ditambah lagi dengan pandemik Covid-19 pada 2020.

Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa Malaysia tidak lagi mampu memuatkan lebih ramai pelarian kerana telah mencapai had sumber dan kapasitinya.

Isu peningkatan jumlah pelarian ini dikaitkan dengan tiga faktor utama iaitu peperangan, politik dan bencana alam. Terdapat dakwaan bahawa orang-orang yang mengetuai pelarian Rohingya mula berani meminta tuntutan yang dapat menjejaskan kekukuhan politik negara.

Hal ini disokong pula dengan peristiwa pelarian etnik tersebut yang mula mengadakan mogok dan tunjuk perasaan bagi mengharapkan Malaysia mencepatkan pemindahan mereka ke negara lain.

Selain itu, dari aspek sosial, terdapat kemerosotan dari segi keselamatan warga tempatan yang dipengaruhi oleh pelarian-pelarian yang dibawa masuk ke Malaysia. Sebagai contoh, pada 26 Disember tahun lalu, berlaku gangguan seksual kepada seorang kanak-kanak yang melibatkan suspek seorang etnik Rohingya.

Perkara seperti ini sangat membimbangkan dan memberi ancaman kepada kesejahteraan negara ditambah dengan kes pecah masuk rumah dan rompakan. Justeru, kerajaan haruslah lebih cakna dan tegas berkenaan isu kemasukan pelarian ke negara ini yang semakin meningkat.

Perkara ini adalah untuk menjamin isu-isu yang timbul tidak terus berlaku dan menggugat kestabilan politik serta mengganggu keamanan negara. – UTUSAN

PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR & NUR FITRAH AININA YUSRIN, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya