Zahid sudah lakukan terbaik untuk kestabilan negara

Zahid sudah lakukan terbaik untuk kestabilan negara

KEPUTUSAN untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam UMNO memperkukuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUSULAN perkembangan mutakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, perwakilan sebulat suara bersetuju dengan satu usul agar dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan. Dengan keputusan itu, maka berakhirlah debaran ke atas kedudukan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terjawablah juga keraguan yang sengaja ditimbulkan sebelum ini kononnya sokongan pemimpin UMNO terhadap kerajaan dianggap sementara dan tidak bertahan lama.

Sebelun ini ada desas-desus daripada sekerat kelompok dalam kalangan orang UMNO yang cuba bertindak menjadi gunting dalam lipatan atau api dalam sekam dalam usaha menjayakan komplot terancang bagi menjatuhkan Presiden dan Timbalan Presiden parti bertujuan membolehkan kerajaan yang terbentuk sekarang tergugat dan terlepas ke tangan Perikatan Nasional (PN) sekiranya rancangan mereka berjaya.

Namun, hakikatnya harus difahami serta disedari bahawa apa jua rancangan jika tidak diizinkan oleh Allah SWT, maka tetap juga tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Hal sedemikian merujuk spekulasi yang tersebar di media sosial kononnya akan berlaku ‘Langkah London’ atau ‘Langkah Jakarta’ dan terbaharu, ‘Langkah PAU’ tetapi semuanya terbukti gagal.

Justeru, berikanlah kepercayaan kepada kepimpinan Anwar untuk memacu negara.

Marilah bersama-sama membina semula negara ini dengan satu hasrat dan satu tekad ke arah memastikan kesejahteraan dan kemakmuran hidup rakyat dapat dijaga dengan baik.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya