Cukuplah tambah empat bilik darjah dahulu

Cukuplah tambah empat bilik darjah dahulu

ARTIKEL mengenai SK Limau Purut yang uzur pernah diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 29 September 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu sidang akhbar baru-baru ini yang mahu memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah daif terutama di Sabah dan Sarawak.

Apa yang ingin dinyatakan di sini ialah keadaan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut di Kuala Lipis, Pahang sudah uzur dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

SK Limau Purut dibina pada 1950. Bangunan kayu yang ada sudah dimakan anai-anai. Bangunan ini masih digunakan dengan hanya menukar cat saban tahun.

Bilik darjah yang ada tidak mencukupi untuk murid. Bilangan murid yang bersekolah terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli semakin bertambah kerana adanya jalan raya dan kemudahan asas lain.

Bilik guru dan bilik-bilik khas seperti pusat sumber, bilik rawatan dan bilik Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-Qaf) pun berkongsi-kongsi. Biliknya sempit sehingga menimbulkan suasana tidak selesa kepada guru dan murid.

Mengapakah masalah ini masih tidak dapat diselesaikan, seolah-olah tiada perhatian daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)?

Sampai bila masalah ini hendak diselesaikan? Cukuplah menambah sekadar empat bilik darjah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah.

Kantin sekolah ini juga amat daif dan tidak mengikut standard bangunan kantin. Dengan bilangan murid yang ramai, sewajarnyalah sebuah kantin baharu dibina bagi memberi keselesaan kepada warga sekolah untuk menjamu selera.

Seeloknya Menteri Pendidikan turun padang melihat sendiri sekolah ini supaya dapat peruntukan segera.-UTUSAN

ORANG KAMPUNG
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya