Perbaikilah sistem permohonan pasport yang jelik

Perbaikilah sistem permohonan pasport yang jelik

SEBAHAGIAN orang ramai beratur menunggu giliran untuk membuat permohonan pasport di Jabatan Imigresen, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuala Lumpur. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERMOHONAN pasport secara dalam talian selepas kerajaan memansuhkan kaedah secara datang terus (walk in) dan Sistem Temujanji Online (STO) bagi permohonan pasport Malaysia antarabangsa (PMA) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022 sangat menyukarkan orang ramai.

Ini kerana terlalu banyak kekangan semasa proses memperbaharui pasport secara dalam talian seperti kesukaran memuat naik gambar mengikut saiz ditentukan dan masalah pengesanan cap jari tidak padan seperti dalam sistem Jabatan Imigresen.

Saya menerima e-mel mengatakan permohonan ‘tangguh atau siasatan’ kerana cap jari tidak sah. Malah saya perlu membuat temu janji untuk Jabatan Imigresen pilihan.

Jadi, saya pun pergi ke Jabatan Imigresen di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam selepas menerima tarikh dan masa janji temu.

Di sana, saya masih perlu menunggu selama sejam selepas mengambil nombor giliran untuk dilayan oleh pegawai yang bertugas walaupun telah mengisi segala maklumat di borang dalam talian.

Pada hari berlainan, saya terpaksa ke Jabatan Imigresen di Puchong untuk proses memperbaharui pasport ibu pula dan terpaksa berhadapan kesesakan dan giliran yang panjang sejak pukul 6.30 pagi.

Ketika itu hanya satu kaunter dibuka bagi proses tersebut menyebabkan saya dan ibu yang juga warga emas perlu beratur lebih dua jam dalam giliran hanya untuk mendapatkan nombor giliran.

Selepas menerima nombor giliran, kami diminta untuk datang semula pada pukul 2.30 petang untuk proses pembaharuan pasport.

Ini membuang masa dan ibu sangat keletihan. Tiadakah cara yang lebih tersusun, efisien bagi mengatasi masalah ini? Saya percaya ramai yang berhadapan situasi sama di beberapa lokasi lain telah membuat aduan tetapi sehingga kini masalah ini tidak diatasi oleh pihak tersebut.-UTUSAN

BLACK BEAUTY
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.