Hormatilah mandat rakyat dalam PRU15

Hormatilah mandat rakyat dalam PRU15

ABDUL Hadi Awang (baris depan, dua dari kiri) sewajarnya tidak membuat kenyataan melulu yamg tidak berasas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUTAKHIR ini didapati Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terus menerus membuat kenyataan melulu dan mengulangi perbuatan sama dengan melemparkan tuduhantuduhan yang dianggap berniat jahat malah tidak berasas. Ini termasuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Banyak pihak kesal dengan tindakan tersebut yang tidak menggambarkan beliau sebagai seorang bergelar tuan guru atau pemimpin parti ulama. Sebaliknya menyerlahkan lagi sifat pemimpin gerakan Islam yang radikal dan ekstrem kerana tidak boleh menerima kenyataan partinya sudah hilang kuasa serta hilang jawatan menteri.

Pas sepatutnya bersyukur kerana berjaya sapu bersih kemenangan di Kelantan dan Terengganu.

Pada hemat saya, tindakan pihak berkuasa untuk menahan dan menyoal siasat Hadi amat wajar. Pihak berkuasa bertindak berdasarkan beberapa laporan polis yang telah dibuat ke atas beliau.

Lagipun tindakan itu sejajar dengan apa yang telah dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, baru-baru ini.

Antara titah Sultan Nazrin adalah perbuatan menyalakan api perkauman dan meniupkan bara permusuhan antara agama wajib dihentikan segera.

Oleh demikian, amat wajar mana-mana pemimpin parti politik atau individu bersikap lebih matang ekoran rakyat sudah memilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semua pihak perlu menghormati mandat rakyat Justeru, kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap tidak lagi berlembut dengan mereka yang melakukan perkara sedemikian kerana jika ia tidak dibendung dari awal, dibimbangi akan berulang kembali sejarah ‘Langkah Sheraton.’-UTUSAN

WALI TOK SONGEI
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.