Harapan rakyat agar PM pulih ekonomi, jangan mansuh skim pencen - Utusan Malaysia

Harapan rakyat agar PM pulih ekonomi, jangan mansuh skim pencen

ANWAR Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri diharapkan dapat memulihkan ekonomi dan tidak memansuhkan skim pencen. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERDANA Menteri baharu sudah diumumkan pada 24 November lalu. Setelah sekian lama, akhirnya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan itu berjaya selepas beliau mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Tiada apa yang perlu dipersoalkan, semuanya sudah terjawab. Suka atau tidak, itu bukan isunya pada masa ini kerana rakyat sudah memilih untuk memastikan Anwar ke Putrajaya.

Apa yang penting ketika ini adalah kerajaan meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19. Amat penting untuk kerajaan baharu ini menarik sebanyak mungkin kemasukan pelabur.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanda-tanda pemulihan ekonomi sudah kelihatan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) pada 12 November lalu mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan kadar pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus.

Jadi, untuk Anwar menarik kepercayaan rakyat, maka tugas utama beliau adalah memastikan pelaburan langsung asing (FDI) terus berkembang. Rakyat juga mahu melihat kos sara hidup menurun.

Jika boleh, Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga turun ke paras yang sepatutnya. Ini kerana peminjam merasa sangat tertekan ekoran terpaksa membayar pembiayaan rumah pada kadar di luar mampu milik.

Jika boleh, rakyat juga mahu melihat kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan tidak memansuhkan skim pencen. Ini kerana ketika PH mentadbir negara selepas PRU14, mereka berhasrat memansuhkan skim pencen dan menggantinya dengan skim kontrak.

Sedangkan pencen kakitangan awam selepas mereka bersara nanti adalah hak mutlak dan sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN

HALIM ABDULLAH
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya