Bimbang keselamatan penduduk Selangor - Utusan Malaysia

Bimbang keselamatan penduduk Selangor

LIPUTAN 5G semakin luas di negara ini. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN negeri Selangor mengorak langkah membangunkan inisiatif bandar pintar atau Smart City Selangor bermula 2015 melibatkan penggunaan teknologi digital secara lebih efisien dan menyeluruh bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengurusan di negeri itu.

Antara komponen penting adalah penyedia perkhidmatan teknologi komunikasi itu sendiri. Masalah mula timbul apabila syarikat dari China dilantik bagi membangunkan teknologi digital yang ada kaitan dengan jaringan telekomunikasi generasi kelima (5G) di negeri itu.

Kita pun sedia maklum, begitu banyak khabar buruk didedahkan penganalisis komunikasi antarabangsa berkaitan ancaman keselamatan siber yang terpalit dengan syarikat terbabit.

Amerika Syarikat (AS) misalnya, menyenaraikan syarikat dari China itu sebagai mampu memberi risiko keselamatan terhadap negara terbabit.

Malah, AS telah menghalang ­ firma-­ firma dari negara itu daripada menjual peralatan dan perisian syarikat dari China itu selama tujuh tahun.

Selain itu, kerajaan Jepun dan Australia juga melarang penggunaan produk telekomunikasi buatan syarikat terbabit, akibat kebimbangan mengenai masalah keselamatan siber.

Produk tempatan yang menggunakan komponen atau peralatan keluaran syarikat dari China itu juga akan dikeluarkan daripada senarai perolehan kerajaan.

Perkara inilah yang dibimbangkan akan berlaku kepada Selangor yang telah menjalin kerjasama dengan syarikat dari China ini.

Risiko ancaman pencerobohan data peribadi seharusnya dijadikan penilaian oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) yang bertanggungjawab mengeluarkan tender berkenaan.

Apa yang lebih merisaukan, inisiatif Smart City Selangor ini akan menjadi umpama jong masuk kuala, anjing masih bercawat ekor. Pembangunan secanggih mana pun yang dibangunkan ini, ia tetap dibimbangi akan memberi masalah besar. – UTUSAN

AZZAIRI ROSLE, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya