Terlalu lindungi anak daripada kuman mudarat kesihatan

Terlalu lindungi anak daripada kuman mudarat kesihatan

PADA masa ini, tiada data saintifik menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan selepas pandemik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA masa ini, tiada data saintifik menunjukkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan selepas pandemik Covid-19. Taklimat Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengenai kesan Covid-19 terhadap kanak-kanak menunjukkan amalan diet tidak sihat seperti pengambilan snek meningkat. Ini mungkin disebabkan kekurangan akses mudah kepada makanan segar dan kekangan kewangan yang mungkin membawa kepada obesiti dan kekurangan zat makanan pada kanak-kanak. Selain itu, gaya hidup tidak aktif dan kurang bersenam boleh menyumbang kepada obesiti kanak-kanak dan meningkatkan kerentanan kepada jangkitan.

Satu lagi isu utama yang timbul semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan gangguan perkhidmatan kesihatan adalah  imunisasi kanak-kanak. Tinjauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, 90 peratus negara melaporkan gangguan pada imunisasi rutin.

Selain itu, sesetengah kanak-kanak mungkin dijangkiti Covid-19 dan sedang mengalami sindrom virus itu berpanjangan. Satu lagi isu penting yang perlu diambil serius ialah kesihatan mental kanak-kanak dan penjaga.

Sesetengah ibu bapa bertindak melampau dengan mewujudkan persekitaran yang steril untuk melindungi anak-anak dengan melarang mereka bermain atau menyentuh barang belum disanitasi. Terlalu melindungi kanak-kanak daripada kuman memudaratkan perkembangan mereka.

Pengambilan suplemen vitamin juga semakin mendapat perhatian terutama semasa pandemik. Secara umumnya, kanak-kanak dengan diet seimbang dan aktiviti luar boleh mencapai keperluan nutrien harian.

Ibu bapa mesti mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat serta menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai contoh, amalkan semula diet tiga kali sehari dan kanak-kanak harus dibenarkan menikmati sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal setiap hari. Ia juga penting untuk mengurangkan masa skrin dan untuk medapatkan rutin tidur berkualiti.

Jadi, amat penting mewujudkan persekitaran bersih dan gembira untuk anak-anak berkembang maju yang baik untuk kesihatan mental dan fizikal mereka.-UTUSAN

 

DR . LIM YIN SEAR & DR. MAHFUZAH MOHAMED

Taylor’s University

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN