Susahnya nak dapat wang GCR 2022

Susahnya nak dapat wang GCR 2022

RAMAI lagi dalam kalangan penjawat awam masih belum mendapat kelulusan dan bayaran GCR dikredit ke dalam akaun kerana terpaksa melalui proses dan kerenah birokrasi. - GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 15 Februari lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Khas Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau menyatakan perkhidmatan awam mempunyai sejarah panjang tetapi sejarah yang gemilang ini akan terhenti sekiranya penjawat awam tidak membawa perubahan dan tidak lagi dilihat relevan.

Dalam konteks ini, pada 15 Januari lalu, saya membuat permohonan penebusan awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) melalui Bahagian Pengurusan sebuah kementerian di Putrajaya.

Saya menunggu dengan sabar selama tiga bulan untuk kementerian berkenaan menyemak, meneliti dan mengesahkan bilangan cuti GCR yang terkumpul sejak 32 tahun lalu dalam buku-buku perkhidmatan dan portal HRMIS. Maklumat yang lengkap diangkat kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 31 Mac 2022.

Ia diluluskan pula pada 17 Julai lalu yang kemudiannya melalui proses ketiga untuk diangkat kelulusan kepada Kementerian Kewangan. Begitulah sengsara dan derita untuk mendapatkan sedikit wang award GCR.

Bajet 2023 sudah dibentang, namun arahan dikeluarkan pada 2022 masih belum dapat direalisasikan. Sebagai pemohon, tentulah ada perancangan terhadap penggunaan wang yang bakal diperoleh.

Ramai lagi dalam kalangan penjawat awam masih belum mendapat kelulusan dan bayaran dikredit ke dalam akaun kerana terpaksa melalui proses dan karenah birokrasi.

Melalui ruangan ini, saya merayu agar ia dapat dipercepatkan dan dicari mekanisme untuk mengurangkan karenah birokrasi lapuk dan usang yang menyulitkan.

Pelbagai penambahbaikan dan inovasi sudah dilakukan dalam sektor awam berkaitan data penjawat awam termasuk mengemas kini maklumat melalui portal HRMIS.-UTUSAN

PENJAWAT AWAM TAAT
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN