Kawal produk negara asing dalam papan iklan luar

Kawal produk negara asing dalam papan iklan luar

KEUTAMAAN perlu diberikan kepada usahawan atau syarikat tempatan yang mahu mempromosikan produk di papan iklan luar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGIKLAN secara papan iklan tidak terhad kepada barangan keperluan tetapi juga peluang pendidikan, informasi kebajikan, promosi perkhidmatan daripada agensi kerajaan, pesanan khidmat masyarakat dan sebagainya.

Satu perkara yang orang kita terlepas pandang adalah kebanjiran iklan produk negara luar seperti cat rumah berasal dari Korea Selatan, kipas angin dari Jepun dan perabot dari Eropah.

Kita memuji kesungguhan inisiatif sesetengah pihak berkuasa tempatan (PBT) mengawal papan iklan luar yang memaparkan wajah model asing. Misalnya, kerajaan negeri Selangor pada 19 Januari 2009 menyediakan Garis Panduan Iklan Luar yang menetapkan paparan wajah warganegara diwajibkan mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih di papan iklan.

Bagaimanapun, pengecualian paparan wajah bukan warganegara hanya diberikan kepada iklan-iklan tempatan yang mempromosikan pelancongan Malaysia ke negara asing dan juga syarikat-syarikat pelancongan negara asing.

Penolakan produk dan perkhidmatan luar negara melalui ikan papan luar mampu menarik potensi pemasaran atau pengiklanan usahawan tempatan dan pulangan bayaran iklan kepada syarikat iklan tempatan atau PBT. Ia seolah-olah konsep ekonomi kitaran yang membantu ekonomi rakyat dan bukan mengkayakan rakyat atau syarikat asing. Inilah baharu dikatakan wawasan kemakmuran bersama yang bersifat inklusif sebenar.

Buat permulaan, dicadangkan sekurang-kurangnya caj yuran atau kos pengiklanan mempunyai kandungan tempatan diberikan diskaun.

Di sudut lain, usahawan atau syarikat tempatan yang telah diberikan pelbagai insentif dan bantuan oleh kerajaan tidak mengambil kesempatan mengenakan harga ‘kayangan’ kepada pengguna.

Harga produk tempatan perlu kompetitif, kualiti terjamin dan dipromosikan secara berstrategi sehingga pergantungan kepada barang-barang import dapat dikurangkan secara beransur-ansur.

Jadi, semua pihak yang memberi kelulusan perlu memainkan peranan kerana pengiklanan secara papan iklan luar memberi impak yang sangat kuat. Kita tidak mahu sesuatu produk dari luar negara dianggap hebat hanya kerana modelnya warga asing.-UTUSAN

NUR HANIM
Dengkil, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya