Jangan pandang GTA sebelah mata

Jangan pandang GTA sebelah mata

GERAKAN Tanah Air (GTA) adalah satu gerakan rakyat bagi membawa suara rakyat sebenar dan memulihkan maruah bangsa dan agama yang dicemari pemimpin-pemimpin korup.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMENJAK penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) diumumkan pada awal Ogos lalu oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelbagai reaksi diterima. Banyak yang positif dan tidak kurang juga negatif. Sementara daripada kumpulan-kumpulan politik, mereka lebih sinis.

Sebagai sebuah gerakan baharu ditambah pula dengan tujuan menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), GTA sedang giat menjalankan aktiviti-aktiviti memperkenalkan diri melalui pelbagai program di seluruh negara, umpamanya jelajah setiap negeri.

Perlu difahami, GTA bukan semata-mata sebuah parti politik, sebaliknya satu gerakan rakyat secara besar-besaran yang dipelopori oleh empat parti dan disertai gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu selain turut disertai kumpulan-kumpulan profesional, seni, akademik malah agamawan dan individu-individu berpengaruh.

Sebagai sebahagian daripada GTA yang akan berusaha mengambil alih kerajaan melalui PRU15 nanti, mereka akan juga menjadi sebahagian daripada kerajaan. Maka suara dan pandangan mereka bagi tujuan keadilan untuk seluruh rakyat dan baik pulih pentadbiran kerajaan akan menjadi keutamaan.

Setiap hari ada sahaja permintaan daripada NGO-NGO dan rakyat meminta untuk mendapat penjelasan dan penerangan tentang GTA. Setiap hujung minggu penuh dengan program-program bersama NGO dan kumpulan-kumpulan ini.

Setiap masa juga kita dapat lihat, parti-parti politik lain yang dikatakan dominan, menyerang GTA dengan tujuan merendah-rendahkan gerakan ini.

Ditekankan sekali lagi, GTA adalah satu gerakan bagi membawa suara rakyat sebenar, terutama orang Melayu untuk memulihkan maruah bangsa dan agama yang telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin korup.
Ini merupakan satu gelombang kesedaran orang Melayu yang mahu maruah dan pentadbiran negara dipulihkan bagi kesejahteraan keseluruhan rakyat. Orang Melayu perlu memberi perhatian kepada perkembangan GTA. Kekuatan dan sokongannya makin bertambah.

Oleh itu, jangan hanya pandang GTA sebelah mata.-UTUSAN

Azman Mohd. Hashim
Ahli Majlis Eksekutif
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.