Guna istilah mustahiq bagi penerima zakat

Guna istilah mustahiq bagi penerima zakat

PENGGUNAAN istilah yang tepat membolehkan pengagihan bantuan zakat dilakukan dengan lebih sempurna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INSTRUMEN zakat pada hari ini semakin menampakkan kemajuan yang memberangsangkan serta banyak mewujudkan inovasi selari dengan era global dan berteknologi tinggi.

Namun begitu, usaha dilakukan itu masih tidak terlepas daripada menerima kritikan serta pertikaian daripada masyarakat konvensional yang tidak berpuas hati terhadap cara pengurusan serta agihan zakat.

Terdapat laporan audit zakat menunjukkan istilah fisabilillah tidak diperincikan termasuklah banyak lebihan dana zakat tidak diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Fatwa Had-al-Kifayah adalah mekanisme yang diguna pakai oleh kebanyakan institusi zakat negeri-negeri dalam mengukur tahap kemiskinan supaya dapat mengelakkan daripada mentaksirkan tahap kekayaan seseorang itu.

Maka sewajarnya penggunaan istilah bantuan zakat harus dikaji semula. Jika boleh, apa salahnya menggunakan istilah yang asal iaitu mustahiq (orang yang berhak menerima asnaf zakat) sekalipun ia nampak seperti kearaban. Namun, penggunaan istilah ini sangat tepat dan relevan dengan keadaan semasa bagi membezakan penggunaan istilah bantuan yang juga diguna pakai oleh agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain skim bantuan.

Seandainya istilah mustahiq asnaf tersebut dapat digunakan bagi menggantikan istilah bantuan zakat oleh institusi zakat negeri-negeri, dipercayai tidak akan timbul lagi masalah pertikaian orang ramai. Ini kerana istilah mustahiq itu tercakup sekali dengan makna mereka yang berhak sahaja menerima zakat.

Umumnya, penggunaan istilah mustahiq asnaf zakat adalah lebih tepat dan selari dengan kehendak maksud surah al-Taubah ayat 60.

Justeru, institusi zakat di negeri-negeri diharapkan dapat mempertimbangkan serta mengkaji semula penggunaan istilah bantuan zakat agar dapat diagihkan dengan lebih tepat dan telus sekali gus menjelmakan identiti institusi zakat itu sendiri.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya