Apa salah keluar caruman KWSP sekali lagi? - Utusan Malaysia

Apa salah keluar caruman KWSP sekali lagi?

SEGELINTIR pencarum KWSP mahu kerajaan meluluskan Pengeluaran Khas 2.0 secara bersasar mengikut kategori. – GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat kecil Malaysia.

Saya adalah salah seorang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menandatangani petisyen anjuran Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) untuk menuntut kerajaan membenarkan permohonan Pengeluaran Khas 2.0 wang caruman secara bersasar mengikut kategori kepada mereka yang memerlukan.

Antara kategori terbabit termasuk bekas pekerja yang kini menjadi suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan serta bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum, berhenti kerja secara sukarela atau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selain itu, pencarum golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang berusia 54 tahun dan ke bawah yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi RM20,000 dibenarkan keluar 30 peratus daripada akaun itu.

Jumlah seperti yang dilaporkan ialah 226,996 orang yang jauh lebih kecil daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP.

Sudah tentu kami maklum baki wang kami dalam akaun sebelum membuat keputusan untuk menandatangani petisyen.

Diharap selepas ini tidak ada lagi fakta lapuk seperti peratusan ahli yang mempunyai baki bawah RM5,000 yang dibimbangi pihak kerajaan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa faedah untuk kakitangan awam. Alhamdulillah, dengan pengumuman tersebut, kami sebagai rakyat amat gembira dengan keprihatinan yang ditunjukkan.

Soalan saya, mengapa kerajaan selalu memandang dan mengambil berat tentang apa sahaja yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)? Bagaimana pula dengan kami yang bukan kakitangan awam?

Sehubungan itu, kami mohon tuntutan ini dilihat secara sangat serius, mesti disegerakan dan dilancarkan prosesnya.

Hanya untuk 226,996 orang yang telah membuat tuntutan. Kami tidak minta wang daripada kerajaan. Kami telah lama berhenti mencarum. – UTUSAN

ZULKEFLI YAHAYA, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya