Tidak wajar dekati pengundi18 dengan gaya ‘orang lama’

Tidak wajar dekati pengundi18 dengan gaya ‘orang lama’

Pengundi18 ibarat ‘orang baharu’ yang mula mengenal dunia politik dan tidak wajar mereka didekati dengan gaya ‘orang lama.’ – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal menyaksikan transformasi politik negara apabila warganegara berumur 18 tahun adalah pengundi berdaftar. Namun, ironinya sudahkah pengundi18 (pengundi umur 18) sudah bersedia?

Agensi kerajaan, parti politik dan institusi pengajian tinggi (IPT) memberi fokus dalam usaha memperkenalkan sistem politik negara, memahami struktur fungsi kerajaan dan menghayati peranan Dewan Negara serta Dewan Rakyat. Sebenarnya, tiada salah usaha ini cuma tidak seiring dengan kecenderungan dan minat pengundi18.

Jika dikaji dibeberapa buah negara maju seperti Austria, Norway dan United Kingdom, usaha melibatkan golongan muda dengan aktiviti khidmat masyarakat dan program sivik adalah bersesuaian bagi memupuk minat mereka untuk menyertai politik.

Ia secara langsung membentuk jaringan komunikasi antara pemimpin politik dengan pengundi18 dan inilah titik tolak kepada penglibatan politik pengundi18.

Kemahiran kepimpinan dilahirkan melalui pendedahan sepanjang aktiviti khidmat masyarakat.

Selain kemahiran kepimpinan, aktiviti jaringan khidmat masyarakat ini turut membentuk minat kesukarelawanan yang membuktikan pengundi18 bersedia berkhidmat untuk komuniti dan masyarakat.

Hari ini penyertaan pengundi18 dalam khidmat masyarakat telah digerakkan di peringkat sekolah dan IPT melalui persatuan serta kelab pelajar. Namun, ia wajar diperluaskan dengan penyediaan pelbagai platform rasmi anjuran kementerian dan ahli politik agar akses serta jaringan dengan pemimpin negara lebih efektif.

Selain meningkatkan akses, penglibatan mereka membuka platform rasmi kepada pengundi18 untuk memberi pendapat, melontar idea dan meluahkan pandangan terhadap isu-isu politik.
Apabila ketampakan pengundi18 ini disedari, pendapat mereka dirai dan sudah pasti penyertaan pengundi18 dalam arena politik dikenali.-UTUSAN

NAZRIN SHAH SAH ALLAM
Pelajar Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya