fbpx

Jangan terjadi salah laku keadilan kepada pengundi setia Rembau

KHAIRY JAMALUDDIN

SAUDARA PENGARANG,

AHLI Parlimen Rembau yang juga Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin adalah antara ‘panglima’ UMNO yang berjaya dalam peperangan melawan wabak Covid-19. Alhamdulillah.

Beliau menjadi kebanggaan para pengundi setia di Parlimen Rembau. Oleh itu, barisan kepimpinan UMNO diminta tidak melakukan miscarriage of justice (salah laku keadilan) ke atas para pengundi setia di Rembau.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Difahamkan Mohamad mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Malah sebelum ini, Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain kerana sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Saya berharap semua pihak menghormati pendirian Khairy yang mahu isu berkaitan wakil rakyat kawasan itu pada masa hadapan dibincangkan secara konsep keluarga.

“Jangan risau soal siapa nak bertanding (kerusi Parlimen Rembau). Itu kita bincang dalam keluarga kita, tak payah nak dihebohkan, biarlah kita bincang secara adik-beradik, tiada masalah,” katanya ketika berucap di Balai Raya Sri Kendong, Rembau, baru-baru ini. – UTUSAN

AHLI AKAR UMBI UMNO, Kuala Lumpur

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!