Fahaman liberal merosakkan akidah umat Islam

Fahaman liberal merosakkan akidah umat Islam

JANGAN biarkan fahaman liberal dengan matlamat memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa terikat dengan hukum-hakam agama Islam yang mencemari negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin berkongsi khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib Izudin Muhamad Amin di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang, baru-baru ini. Dalam khutbahnya, beliau menggesa kerajaan agar sentiasa berani dan bertindak tegas serta tidak bertolak ansur terhadap mana-mana individu yang sering mempermainkan mahupun mempersendakan hukum-hakam Islam.

Ketegasan itu termasuk terhadap golongan yang memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa had hingga melanggar budaya dan tata susila Islam.

Kerajaan melalui agensi penguat kuasa serta pihak berkuasa agama harus bertindak terhadap golongan yang cuba membawa kebebasan mutlak termasuk lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Jika kerajaan berlembut, akhirnya negara akan menjadi porak-peranda manakala rakyat yang mahukan keamanan berasa tidak lagi selamat untuk tinggal di negara ini.

Walaupun sudah merdeka sekian lama dan bebas daripada penjajah, bukan bermakna kita bebas sepenuhnya dan boleh melakukan sesuka hati hingga melanggar hukum-hakam Islam.

Biarlah kita mentadbir negara ini mengikut acuan sendiri tanpa pengaruh atau campur tangan pihak luar. Jangan ada dalam kalangan kita cuba membawa pertolongan orang luar semata-mata mahu mempertahankan konsep kebebasan mutlak tanpa had.

Khatib tersebut juga mengingatkan agar jangan sekali-kali rakyat lupa bahawa di luar sana masih ada pihak-pihak yang cuba membawa fahaman liberal dengan matlamat memperjuangkan kebebasan mutlak tanpa terikat dengan hukum-hakam agama Islam.

Katanya, tindakan mempersendakan hukum-hakam Islam dilakukan dalam pelbagai cara dan bentuk termasuk melalui penulisan, lawak jenaka, perbuatan, berpakaian dan banyak lagi.

Sedarlah bahawa setiap perbuatan yang melanggar hukum-hakam agama Islam jika dibiarkan akan mengancam akidah umat Islam.

Sehubungan itu, kita perlu sama-sama menyuarakan rasa tidak puas hati jika terdapat di sekeliling mereka yang melakukan kemungkaran.-UTUSAN

AMIR SARIFUDIN
Kuantan, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya