Bila nak bina PPR di Cameron? - Utusan Malaysia

Bila nak bina PPR di Cameron?

Belanjawan 2023 memperuntukkan RM480 juta membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands. UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARGA rumah di Cameron Highlands, Pahang melambung tinggi berikutan pembelian kediaman oleh orang luar untuk tujuan pelaburan dan penyewaan kepada pelancong.

Pada masa sama, penduduk daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di situ sehingga kini masih tidak mampu membeli rumah kerana harganya mampu tengok sahaja.

Oleh itu, penduduk berharap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menangguhkan lagi cadangan skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) di situ yang telah dirancang sejak 2017.

Sudah lebih 40 tahun tiada rumah PPR baharu dibina untuk warga pekerja dan golongan berpendapatan rendah di Cameron Highlands.

Rumah yang dikatakan ‘mampu milik’ di situ sekarang ialah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berharga lebih RM200,000 yang di luar kemampuan penduduk B40.

Bagaimana rakyat biasa yang bekerja di kebun sayur-sayuran dengan pendapatan rendah mampu membeli rumah-rumah ini?

Kebanyakan penduduk di Cameron Highlands terpaksa menyewa rumah yang kadarnya semakin meningkat setiap tahun sehingga mereka tidak lagi mampu menanggung beban sewa.

Rata-rata penduduk berpendapatan RM2,000 sebulan dan mereka tidak mampu membayar sewa rumah yang ada mencecah RM1,000 sebulan.

Penduduk juga berharap pembinaan rumah PPR untuk disewa atau sewa beli ini dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan kerajaan pada bulan depan.

Adalah tidak masuk akal untuk Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan rumah PPR di Cameron Highlands kerana tapak telah disediakan oleh kerajaan negeri.

Dalam satu surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada Julai 2019 dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan tapak tanah kepada KPKT untuk pembinaan PPR. – UTUSAN

B40 TERTEKAN, Cameron Highlands, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya