Beri juga perhatian pada T20 dalam Bajet 2023

Beri juga perhatian pada T20 dalam Bajet 2023

BAJET 2023 perlu memberi tumpuan dan mengklasifikasikan semula golongan T20 dengan jumlah isi keluarga dan tanggungan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP kali pembentangan bajet atau belanjawan tahunan negara, pasti pelbagai inisiatif atau bantuan diumumkan daripada kerajaan untuk rakyat. Bantuan sebegini lazimnya dikhususkan buat golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai B40. Namun, golongan T20 seperti terpinggir.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan golongan B40 dan siapa pula yang tergolong dalam kumpulan M40 serta T20?

B40, M40 dan T20 adalah takrifan yang digunakan bagi pendapatan isi rumah golongan masyarakat di negara ini. Jabatan Perangkaan Malaysia bertanggungjawab menjalankan kaji selidik terhadap julat pendapatan rakyat.

Pada 2017, jabatan tersebut mengeluarkan laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (PPIR & KA). Melalui laporan tersebut, kerajaan dapat mengenal pasti dengan lebih tepat julat pendapatan diperoleh bagi setiap rakyat yang bekerja.

Melalui laporan itu juga kerajaan dapat merangka dan merancang jenis bantuan dan subsidi perlu disalurkan kepada masyarakat khususnya bagi mereka yang memerlukan. Pendapatan golongan T20 dalam kategori T1 ialah RM12,586. Contohnya, sekiranya pendapatan isi rumah meningkat dan pada masa sama kos sara hidup turut meningkat, ia akan memberi tekanan terhadap golongan yang tidak berkemampuan atau berpendapatan rendah.

Bagi golongan T20 yang mempunyai anak lebih daripada tiga orang contohnya, dan menyambung belajar di institusi pengajian tinggi, mereka sebenarnya mempunyai implikasi kewangan dengan pembelian komputer riba dan lain-lain kerana tidak layak menikmati biasiswa atau memohon peranti siswa disebabkan berada dalam golongan T20, misalnya seperti saya.

Oleh itu, Bajet 2023 juga perlu memberi tumpuan dan mengklasifikasikan semula golongan T20 dengan jumlah isi keluarga dan tanggungan mereka.

Walaupun dalam golongan T20, sebenarnya anak-anak kami tidak berpeluang menikmati komputer riba atau memohon biasiswa.

Oleh itu, Kementerian Kewangan perlu mengkaji dan meneliti imbuhan kepada golongan T20.

Moga kerajaan dapat menyusun strategi yang lebih berkesan dalam pentadbiran bagi memastikan kebajikan masyarakat secara keseluruhan terjaga.-UTUSAN

WARIS T20
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN