SAUDARA PENGARANG,
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) merayu Jawankuasa Pilihan Khas agar membuat satu keputusan yang bijak untuk menyelamatkan generasi akan datang daripada terjebak dengan rokok atau vape.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin sebelum ini memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dianggotai 12 ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang akan mengadakan mesyuarat untuk meneliti peruntukan undang-undang dari segi penguatkuasaan dan jumlah denda yang akan dikenakan sebelum ia diluluskan.
CAP merayu 12 ahli Parlimen yang menduduki jawatankuasa itu akan membuat satu keputusan yang akan menyelamatkan 2 juta perokok. Ini kerana masa depan dan nasib golongan belia ini terletak tangan mereka.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok adalah hadiah terbaik kepada generasi akan datang.
Terdapat lebih 20 negara yang telah mengharamkan vape dan e-rokok. Jika kerajaan juga turut berbuat demikian, maka dapat menjimatkan berbilion ringgit wang negara.
Sekiranya ada ahli Parlimen yang tidak menyokong RUU ini, maka kita akan melihat lebih ramai rakyat Malaysia akan menghidapi kanser. -UTUSAN
N.V.SUBBAROW
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang