fbpx

Letak ‘noktah’, bendung dari awal golongan LGBT

RAKYAT patut menolak golongan LGBT kerana ia boleh menggugat keharmonian masyarakat.

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, dunia semakin terdedah kepada gejala homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat di seluruh dunia.

Golongan ini semakin mendapat sokongan lebih-lebih lagi di Barat yang mula mengiktiraf dan menerima mereka secara terbuka. Lebih menyedihkan, negara-negara yang mempunyai masyarakat majoriti Islam seperti Indonesia dan Turkiye turut mula mengiktiraf golongan ini.

Di Malaysia, golongan LGBT semakin berani menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan norma masyarakat serta menuntut hak kebebasan. Golongan ini boleh dikatakan mengambil kesempatan terhadap hak kebebasan bersuara seperti dijamin perlembagaan tetapi atas sebab yang salah.

Golongan ini turut mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang agresif menuntut hak-hak golongan LGBT diiktiraf dan dipenuhi oleh kerajaan.

Menurut hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), trend golongan homoseksual dan transgender di negara ini amat merisaukan apabila menunjukkan peningkatan yang tinggi pada 2018 iaitu 310,000 orang berbanding seramai 173,000 orang pada 2013.

Sekiranya golongan LGBT semakin mendapat tempat dalam organisasi dan diterima oleh orang ramai di sesebuah negara, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat terutama generasi muda yang merupakan harapan dan pemimpin pada masa hadapan.

Mereka yang beragama Islam perlu menyedari bahawa agama itu tidak pernah bersetuju untuk memberikan hak kepada golongan ini selain gejala sebegini.

Maka isu homoseksual seharusnya dibendung dari awal persekolahan lagi kerana pada waktu ini anak-anak lebih mudah menerima nasihat dan teguran.

Selain itu, petugas agama dan masyarakat perlu memainkan peranan dengan membantu golongan yang sudah terjebak dengan LGBT agar mereka segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.-UTUSAN

NAILUSAADAH SAUDEE
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!