Kitar semula e-sisa kerana ada logam berharga - Utusan Malaysia

Kitar semula e-sisa kerana ada logam berharga

E-SISA mengandungi logam berharga seperti emas, perak dan platinum. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONSEP ekonomi hijau merujuk kepada aktiviti ekonomi yang lestari atau berkekalan bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar dan kesihatan manusia terpelihara dalam jangka masa panjang.

Ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang antaranya menekankan penggunaan sumber secara bertanggungjawab.

Konsep ekonomi hijau ini turut melibatkan pelupusan sisa berbahaya daripada buangan elektrik dan elektronik (e-sisa). Sisa jenis itu boleh memberi kesan ketoksikan kepada manusia dan organisma hidup lain serta mencemarkan sumber alam melalui kontaminasi air bawah tanah dan pembebasan gas beracun ke atmosfera.

Sejak 20 tahun lalu, terdapat peningkatan ketara dalam penggunaan produk elektronik yang biasanya mempunyai jangka hayat penggunaan singkat seperti telefon bimbit dan komputer riba.

Jangka hayat ini dipengaruhi oleh pembangunan inovasi dan teknologi maju yang pesat di pasaran di mana pengguna cenderung menggantikan alatan elektronik mereka dengan model keluaran lebih baharu.

Pada 2019, penjanaan e-sisa di peringkat global adalah kira-kira 53.6 juta tan metrik dan dijangka meningkat sehingga 74.7 juta tan metrik menjelang 2030.

Benua Asia mencatatkan jumlah terbesar e-sisa iaitu 47 peratus daripada keseluruhan bahan buangan itu di peringkat global pada 2019. Umum mengetahui bahawa e-sisa mengandungi logam berharga seperti emas, perak, platinum dan lain-lain yang boleh memberi manfaat kepada penjanaan ekonomi negara.

Oleh itu, kaedah penilaian kelestarian alam melalui Penilaian Kitaran Hayat (LCA) boleh digunakan bagi membantu pembuat keputusan dalam memilih pilihan yang e-sisa mempunyai kesan alam sekitar paling sedikit dan pada masa sama sisa yang mempunyai nilai dapat dikitar semula. – UTUSAN

PROF. MADYA DR. MARLIA MOHD. HANAFIAH, Ketua Pusat Sistem Perubahan Iklim Tropika, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.