Bina jajaran baharu dari Bentong ke Hulu Kelang - Utusan Malaysia

Bina jajaran baharu dari Bentong ke Hulu Kelang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK artikel bertajuk Buat sesuatu kerana Plaza Tol Bentong semakin sesak terbitan Utusan Malaysia pada 26 Julai lalu dengan menyebut antaranya semasa cuti perayaan, kesesakan bermula dari susur keluar Plaza Tol Karak LPT1 arah barat sehingga simpang Bukit Tinggi Resort atau Hentian Sebelah Lentang.

Malah,kenderaan semakin perlahan dan adakala tidak bergerak apabila menghampiri susur keluar jalan Central Spine Road (CSR) dari Felda Mempaga ke Plaza Tol Bentong yang jarak antara kedua-duanya tidak begitu jauh.

Ia lebih sesak jika dibandingkan ketika susur keluar CSR ini belum dibina dan belum dibuka. Kesesakan ini berlaku disebabkan jumlah kenderaan dari Pahang Timur dan Terengganu bertemu kenderaan dari susur CSR dari arah Mempaga.

Justeru, saya berpendapatan bahawa isu kesesakan Lebuh Raya Karak (LRK) ini sudah menjadi isu nasional, bukan sahaja kepada pengguna harian lebuh raya berkenaan tetapi bila mana ada cuti panjang seperti cuti perayaan. Ketika musim itu sudah pasti kesesakannya bertambah teruk.

Saban hari dan selama berlakunya kesesakan itu, adakah pihak berkuasa khasnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hanya melihat dan mendengar keluhan pengguna tanpa mengesyorkan atau mencadangkan penyelesaian?

Berlakunya kesesakan di lebuh raya ini secara rasionalnya kerana tiada jalan alternatif. Ini kerana apabila berlaku pertemuan jalan-jalan sedia ada yang kesemua kenderaan akan berakhir serta bertemu di LRK dengan peningkatan jumlah kenderaan yang naik mendadak.

Situasi ini tidak berlaku di mana-mana lebuh raya lain kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan sama ada melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) atau jalan lama menuju selatan atau utara negara.

Oleh itu, dicadangkan agar JKR dan LLM mencari penyelesaian terbaik untuk mengurangkan kesesakan di LRK ini dengan membuat jajaran baharu yang sesuai bermula di persimpangan Bentong dan keluar melalui jajaran Hulu Kelang, Selangor. – UTUSAN

ISMAIL AWANG, Puchong, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.