Bakul Makanan Siswa: Apa jadi selepas 6 bulan?

Bakul Makanan Siswa: Apa jadi selepas 6 bulan?

POTENSI Bakul Makanan Siswa Malaysia besar jika diperluaskan kepada Skim Bantuan Kebajikan melalui inisiatif Menu Keluarga Malaysia. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AWAL Julai lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melalui Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia melancarkan Bakul Makanan Siswa Malaysia dalam rangka usaha memantapkan tadbir urus serta kecekapan penyaluran bantuan kebajikan kepada siswa di institusi pengajian tinggi (IPT).

Ini merupakan salah satu daripada tujuh inisiatif yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut. Antaranya moratorium bayaran sewaan enam bulan kepada pengusaha kafeteria di kampus IPT awam, pemerkasaan inisiatif bank makanan siswa, dan penyelarasan kadar upah program Job on Campus dengan Perintah Gaji Minimum 2022.

Meskipun begitu, bagaimana kiranya usai enam bulan kelak? Adakah para pengusaha perlu menyerap subsidi Menu Keluarga Malaysia ini? Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap inisiatif ini.

Pertama, penambahbaikan piawaian yang lebih mantap melalui penanda aras Menu Keluarga Malaysia. Di samping itu, pihak pengusaha juga boleh menggunakan contoh sebenar dengan meletakkan sebuah pinggan berisi lauk pauk bernilai RM3.50 ke atas.

Kedua, inisiatif penyediaan atau pemantapan kawasan dapur bersama demi memberikan peluang kepada pelajar untuk memasak.

Walaupun cara ini merupakan inisiatif yang lestari namun terdapat kaveat penting perlu diambil kira iaitu sumber pendanaan berterusan terutama bagi menampung kos operasi pengusaha kafeteria.

Dalam jangka masa sederhana dan panjang misalnya, kita boleh menggembleng usaha di antara pihak-pihak berkepentingan seperti alumni, industri mahupun sektor ekonomi ketiga. Misalnya, boleh meneroka potensi sinergi bersama pembekal ayam berskala besar untuk pembekalan ayam segar kepada pengusaha kafeteria pada harga kos melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Akan tetapi, sekiranya dihitung, inisiatif sebegini hanya akan memanfaatkan sekitar dua peratus daripada 30.2 juta Keluarga Malaysia (589,879 siswa di universiti awam pada 2021).

Justeru, kita boleh menggembleng institusi pendidikan dan latihan untuk meluaskan inisiatif sebegini kepada penerima Skim Bantuan Kebajikan.

Sekiranya inisiatif ini dilaksanakan melalui perancangan dan pelaksanaan jitu, ia bakal menjadi strategi serampang dua mata selain dapat mengatasi permasalahan murid bantut tumbesaran akibat ketidakcukupan makanan seperti dilaporkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada 2018.-UTUSAN

DR. MOHD. ZAIDI MD. ZABRI
Fakulti Perniagaan & Ekonomi
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya